
May
Aliran Tunai Perniagaan Malaysia 2023
Aliran Tunai merujuk kepada jumlah wang yang masuk dan keluar daripada akaun bank atau perniagaan. Ia merupakan istilah perbankan yang biasanya digunakan untuk menggambarkan keadaan kewangan sesebuah entiti.
Wang yang diterima dikatakan sebagai aliran masuk manakala wang yang dipindahkan keluar dikatakan sebagai aliran keluar. Aliran tunai perniagaan biasanya diklasifikasikan sebagai wang tunai yang berasal dari sumber operasi perniagaan, pembiayaan dan pelaburan.

Adakah Penting Untuk Menguruskan Aliran Tunai Perniagaan?
Pengurusan aliran tunai sangat penting untuk memastikan perniagaan anda kekal terus beroperasi. Wang yang diterima oleh perniagaan anda boleh dipindahkan ke bahagian bisnes lain untuk mengekalkan operasi perniagaan. Jika anda mengalami kesekatan aliran tunai, anda akan menghadapi masalah kewangan dalam jangka masa panjang.
Pengurusan aliran tunai yang lemah mengakibatkan anda tidak dapat mengeluarkan gaji yang sewajarnya, menggantikan inventori atau melaksanakan strategi kempen pemasaran. Oleh itu, pengurusan aliran tunai yang bijak sangat penting bagi masa depan perniagaan anda. Dengan pengurusan aliran tunai yang baik, anda akan dapat memastikan aliran tunai yang konsisten dalam perniagaan dan membantu perniagaan anda berkembang.
Terdapat banyak perniagaan yang tidak dapat terus beroperasi kerana pengurusan tunai yang lemah, terutamanya dalam kalangan majikan perniagaan mikro. Untuk meminimumkan risiko perniagaan anda lingkup, terdapat beberapa panduan yang boleh anda cuba dalam menguruskan aliran tunai perniagaan anda.
Aliran Tunai 101: Pelajari Mengenai Aliran Tunai Positif dan Negatif
Sebelum anda menguruskan aliran tunai perniagaan, anda perlu memahami asas aliran tunai. Seperti yang disebutkan di perenggan tadi, aliran tunai adalah wang yang masuk dan keluar semasa menjalankan perniagaan. Biasanya, syarikat memantau dan mencatatkan aliran tunai setiap minggu, bulanan, dan kadang-kadang suku tahun bergantung kepada keadaan kewangan perniagaan.
Secara umum, terdapat dua jenis posisi tunai:
• Aliran Tunai Positif: Wang tunai yang diterima oleh perniagaan anda lebih banyak daripada perbelanjaan yang dikeluarkan oleh perniagaan anda.
• Aliran Tunai Negatif: Merujuk kepada keadaan di mana syarikat perniagaan menggunakan lebih banyak wang untuk menanggung perbelanjaan daripada wang yang diuntung dalam bisnes. Biasanya, syarikat akan menggunakan wang untuk mengembangkan bisnes, mendapatkan lebih banyak pelanggan atau menyediakan peralatan dan perkhidmatan. Walau bagaimanapun, apabila aliran tunai negatif berlaku secara kerap, ia adalah tanda pelan perniagaan yang lemah. Oleh itu, anda perlu menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan perbelanjaan.
Adakah Memiliki Aliran Tunai Positif Sama Dengan Memiliki Perniagaan Yang Berjaya?
Anda perlu menyedari perbezaan antara “Aliran Tunai” dan “Penyata Untung Rugi”. Penyata Untung Rugi merupakan satu dokumen kewangan yang memaparkan prestasi kewangan sesebuah perniagaan dalam satu tempoh masa tertentu. Ini tidak semestinya menunjukkan bahawa perniagaan anda berjalan dengan baik.
Perniagaan yang mempunyai aliran tunai positif tidak bermaksud bahawa perniagaan itu mempunyai keuntungan yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Walau bagaimanapun, anda boleh menilai sama ada perniagaan anda menguntungkan atau tidak dengan melihat Penyata Untung Rugi. Laporan ini memberikan gambaran tentang pendapatan, perbelanjaan dan keuntungan atau kerugian bersih bagi perniagaan tersebut kepada pelabur dan pemilik bisnes.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Tips Menguruskan Aliran Tunai Perniagaan
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda lakukan untuk menguruskan aliran tunai perniagaan anda dengan lebih baik:
Kenalpasti Risiko Perniagaan Anda dan Lakukan Persediaan
Pengurusan perniagaan tidaklah semudah yang disangka. Dalam dunia perniagaan, terdapat risiko-risiko yang boleh menimpa perniagaan anda pada bila-bila masa. Anda tidak boleh mengharapkan perniagaan anda beroperasi dengan lancar sampai bila-bila.
Kadang-kadang anda mungkin diuji dengan pelbagai ujian. Di sebalik ujian tersebut, anda mungkin memetik keuntungan. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris,“by failing to prepare, you are preparing to fail”; anda akan gagal sekiranya tidak melakukan persediaan yang cukup dalam mengharungi cabaran alam bisnes.
Langkah paling penting dalam pengurusan aliran tunai adalah mempunyai rancangan yang kukuh tentang cara anda mengelakkan, mengurangkan dan menyelesaikan risiko-risiko yang dihadapi bisnes anda.
Contohnya, pandemik Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020, mendatangkan mudarat kepada sektor perniagaan seluruh dunia. Apabila kerajaan melaksanakan kawalan pergerakan, ramai sektor perniagaan menghadapi masalah kewangan. Banyak sektor perniagaan mengalami kekurangan bahan mentah, masalah rantaian bekalan, logistik, sumber makanan, inflasi dan banyak lagi. Perniagaan eksport dan import menghadapi masalah penyusutan nilai mata wang. Dari masalah-masalah ini, kita boleh mengambil iktibar bahawa perancangan adalah penting untuk masa depan perniagaan anda.
Akaun bank yang berasingan
Ramai pemilik perniagaan membuat kesilapan tidak memisahkan akaun bank peribadi dan perniagaan. ini mengaburkan laporan aliran tunai kerana sukar untuk mengetahui amaun mana berasal dari belanja peribadi dan amaun mana yang datang dari aktiviti perniagaan. Untuk memudahkan pengurusan aliran tunai, anda haruslah mempunyai akaun bank yang berasingan.
Ambil Kira Kos dan Jumlah Inventori Dalam Aliran Tunai Anda
Ianya penting untuk mengambil kira kos inventori dalam laporan aliran tunai. Tanpa persediaan yang lengkap, kita akan menghadapi masalah dalam memenuhi pesanan dari pelanggan. Jika tidak ditangani dengan baik, ianya akan menyebabkan masalah yang lebih buruk. Oleh itu, anda perlu mengetahui kos dan jumlah inventori dengan tepat untuk membantu anda mengelola bahan-bahan tersebut.
Selalu Sediakan Tunai Untuk Kejadian Yang Tidak Terduga
Wang tunai dapat menyelamatkan bisnis anda jika terjadi kejadian yang tidak terduga. Sediakan jumlah wang yang boleh bertahan selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
Kurangi Pengeluaran Aliran Tunai
Jika perniagaan anda menggunakan wang tunai yang lebih banyak daripada hasil jualan yang diuntung, anda perlu mengurangi kos perniagaan. Anda perlu meneliti kos-kos tersebut dan memutuskan kos mana yang harus difokuskan dan mana yang harus dihentikan.
Cara Mencari Perkhidmatan Pengurusan Aliran Tunai Perniagaan di Malaysia
Jika anda memerlukan perkhidmatan pengurusan aliran tunai perniagaan di Malaysia, berikut adalah beberapa tip untuk mencari perkhidmatan yang baik. Pastikan perkhidmatan tersebut memenuhi kriteria berikut:
• Menyediakan laporan aliran tunai harian yang merangkumi hasil jualan, kos perbelanjaan dan deposit.
• Perkhidmatan untuk memeriksa akaun hutang dan akaun pemiutang pada bila-bila masa.
• Perkhidmatan yang menyediakan laporan rekonsiliasi kad kredit.
• Menguruskan risiko kewangan.
• Rekonsiliasi penyata bank.
• Penyusunan bajet aliran tunai.
• Merancang dan meramalkan aliran tunai.
• Menyediakan strategi pengurusan fraud (strategi untuk mencegah dan menangani penipuan).
• Semakan kontrak kewangan.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta