
Dec
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia
Pembiayaan mikro di Malaysia telah menjadi salah satu topik hangat di Malaysia berikutan kebangkitan perusahaan mikro di Malaysia. Secara amnya, mana-mana syarikat yang mempunyai lima atau kurang pekerja, dan jualan tahunan serta nilai aset kurang daripada RM300,000 merupakan syarikat perusahaan mikro.
Dengan aset dan buruh yang terhad, peniaga PKS mikro menghadapi tekanan yang besar untuk mengendalikan operasi perniagaan, seperti membaiki atau menggantikan mesin, merekrut kakitangan, mengurus widget dan kandungan media sosial, serta banyak lagi.
Fenomena sebegini menjadi sebab mengapa perusahaan ini memerlukan pinjaman mikro. Bank adalah tempat yang paling biasa bagi perniagaan kecil dan mikro untuk mendapatkan pinjaman mikro.

Bank dan Institusi Kewangan di Malaysia yang Menawarkan Pinjaman Mikro kepada Perniagaan
Pinjaman mikro di Malaysia fokus kepada pinjaman perniagaan (bukan pinjaman individu). Maybank adalah salah satu bank paling popular di Malaysia kerana permohonan kewangan untuk perniagaan yang berdaftar menjadi rakan-kongsi Maybank hanya mengambil masa seminit sahaja.
Selain itu, pemohon yang mempunyai akaun Maybank tidak perlu mempunyai cagaran dan dokumen isian untuk mendapatkan pinjaman mikro mereka. Kami juga boleh menikmati kelonggaran syarat sebegini dalam aplikasi platform Funding Societies dan institusi kewangan dalam talian lain yang serupa.
Terdapat juga pilihan syariah untuk pinjaman mikro. Pilihan ini boleh kita temui di Bank Rakyat dengan konsep Tawarruq. CIMB juga menyediakan SME Biz Property Financing-i dan SME Renewable Energy Financing-i sebagai dua pilihan pinjaman mikro syariah.
Apakah program kerajaan untuk mendapatkan pinjaman mikro untuk perniagaan
mikro?
Pinjaman kerajaan untuk perniagaan mikro-PKS dijalankan dengan tujuan utama yang sama seperti pinjaman daripada bank dan institusi kewangan lain, iaitu untuk menjadikan perniagaan berjalan dengan lebih lancar. Skim Pinjaman Mudah ialah program kerajaan yang kebanyakan perniagaan mikro Malaysia pernah dengar.
Skim Pinjaman Mudah (atau Skim Pembiayaan) dibuka untuk permohonan kepada semua industri perniagaan, kecuali bank dan institusi kewangan. Perniagaan harus aktif selama lebih daripada enam bulan, dan sekurang-kurangnya 60% daripada pemegang saham mestilah merupakan rakyat Malaysia.
Sekiranya sekurang-kurangnya 60% daripada pemegang saham syarikat anda merupakan rakyat Malaysia, anda juga bokeh menyertai program kerajaan seperti Inisiatif Pendigitalan Perusahaan Mikro.
Anda juga boleh mengambil peluang membawa perniagaan anda ke platform digital dengan menyertai program Geran Kandungan Digital oleh MDEC dan GTF untuk Memangkin Ekosistem Inovasi Digital.
Terdapat juga pembiayaan kerajaan lain yang boleh dipohon oleh perniagaan mikro. Beberapa contoh termasuk program untuk memperkasakan kewangan wanita yang memiliki perniagaan mikro di Malaysia, Skim Kredit Pengeluaran Makanan (SKPM) untuk industri makanan Malaysia dan banyak lagi.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Apakah beberapa situasi yang menjadikan perusahaan mikro layak untuk pinjaman mikro?
Selain daripada syarat kewarganegaraan dan peratusan pemegang saham minimum, perusahaan anda mesti dikategorikan di bawah kategori perusahaan mikro, baru anda layak memohon pinjama mikro.
Syarikat Start-up (syarikat yang baru memulakan operasi) diiktirafkan sebagai perusahaan mikro kerana proses perniagaan, struktur dan keperluan mereka adalah sama secara umum.
Penilaian hasil perniagaan berbanding kos ialah langkah pertama yang perlu diambil oleh semua perusahaan mikro sebelum menentukan pelan pembayaran, faedah dan tempoh yang terbaik untuk membiayai keperluan perniagaan mereka.
Di samping itu, perusahaan mikro juga boleh menggunakan servis pinjaman mikro untuk mendapatkan aliran tunai dalam pelan perkembangan bisnes atau rancangan untuk mengatasi bencana alam.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia