
Aug
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Kebanyakan rakyat Malaysia membeli kenderaan mereka melalui proses pembiayaan semula atau pinjaman bank kerana harga kenderaan amatlah tinggi dan memakan gaji rakyat marhaen berbulan-bulan. Adakah anda tahu bagaimana untuk menggunakan kenderaan anda untuk mengurangkan beban hutang tertunggak anda?
Ramai orang yang tidak menyedari betapa mudahnya dan faedah yang boleh dinikmati dengan menggunakan kenderaan mereka sebagai cagaran untuk mendapatkan dana yang boleh digunakan untuk penstrukturan semula hutang atau melalui pinjaman bercagar dengan kereta di Malaysia.

Kenderaan Sebagai Jaminan Atau Cagaran
Ramai pemilik perniagaan mencagarkan kenderaan mereka semasa memohon pinjaman kewangan peribadi atau SME kerana ianya membantu permohonan mereka untuk diluluskan dalam masa yang singkat. Adakalanya, pemilik perniagaan menggadaikan geran kenderaan mereka untuk mendapatkan dana kewangan dalam situasi kecemasan.
Namun, pinjaman yang berasaskan cagaran dan gadaian adalah berbeza! Pinjaman yang memerlukan anda menggadaikan geran kereta mengenakan kaedah faedah pinjaman yang lebih tinggi dan tempoh bayaran balik yang lebih pendek. Maksudnya, anda mempunyai komitmen bayaran balik bulanan yang lebih tinggi dalam pinjaman berasaskan gadaian berbanding dengan pinjaman cagaran.
Apakah faedahnya?
Bank sering kali meluluskan permohonan pinjaman yang mengemukan kenderaan sebagai cagaran berbanding dengan bentuk cagaran yang lain. Kenderaan anda adalah aset yang terbaik untuk membuktikan bahawa anda mampu melangsaikan hutang anda sama ada dengan bayaran balik wang tunai setiap bulan, ataupun melalui gadaian kenderaan anda.
Kadar faedah bagi pinjaman berasaskan cagaran kenderaan adalah lebih rendah berbanding pinjaman tanpa cagaran. Selain itu, tempoh pembayaran balik hutang adalah lebih lama, maka amaun yang perlu dibayar balik pada setiap bulan adalah lebih kurang dan fleksibel. Ianya adalah salah satu sebab ramai orang mencagarkan kenderaan mereka semasa membuat permohonan pembiayaan semula atau pinjaman kewangan peribadi.
Read more:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Keburukan Mencagarkan Kenderaan Anda
Penggunaan kenderaan sebagai cagaran juga mempunyai beberapa kelemahan. Anda mungkin terbelenggu dengan lebih banyak hutang yang tertunggak sekiranya komitmen hutang yangsedia ada sudahpun payahlah tinggi. Jika anda berhasrat untuk mendapatkan pinjaman peribadi menggunakan kereta sebagai cagaran, anda perlu memastikan bahawa anda mampu membayar kedua-dua pinjaman tersebut.
Sekiranya anda gagal menunaikan tanggungjawab bayaran balik bulanan, bank dan syarikat kewangan berlesen yang memberi pinjaman wang tersebut boleh mengambil semula kenderaan anda. Sekiranya situasi ini berlaku, ianya boleh memberikan penilaian yang negatif kepada skor kredit anda.
Selain itu, bukan semua kenderaan boleh diterima sebagai cagaran. Sesetengah bank hanya menerima kenderaan yang memenuhi syarat mereka seperti jarak tempuh mileage, tahun pembelian kereta, kondisi enjin dan sebagainya. Biasanya pihak bank akan menghantar seseorang pakar untuk menilai keadaan kenderaan anda semasa proses permohonan.
Setiap institusi kewangan mempunyai syarat dan peraturan yang berbeza. Semasa menilai perkhidmatan pinjaman yang paling sesuai, kita bukanlah sekadar melihat kadar faedah dan syarat-syarat bank. Rajin-rajinlah melayari laman-laman web untuk mendapatkan maklumat terkini. Ada sesetengah laman web mempunyai perkhidmatan pengiraan kadar faedah yang perlu dibayar serta amaun komitmen bulanan. Ada kalanya data mereka bukan yang terkini, sebaiknya anda membuat temu janji untuk ke institusi kewangan pilihan anda dan berbincang baik dengan bank atau syarikat kewangan pinjaman berlesen untuk mendapatkan maklumat lengkap.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia