
Aug
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Zaman ini, kereta sudah menjadi suatu keperluan manusia yang penting untuk memudahkan urusan seharian, tujuan kerja, perniagaan dan kecemasan. Susulan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kenderaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2020, ramai rakyat mengambil kesempatan untuk membeli kenderaan baru. Walau bagaimanapun, pemilikan kereta memerlukan tanggungjawab untuk membayar komitmen ansuran bulanan dalam masa yang ditetapkan serta memastikan aliran tunai yang mencukupi untuk bekal petrol dan servis penyelenggaraan kereta berkala.
Bergantung kepada nilai kenderaan yang dibeli, jumlah bayaran pendahuluan dan tempoh bayar balik pinjaman kereta yang diluluskan, ansuran bulanan kereta secara puratanya bermula dari RM1,200 sebulan. Sekiranya anda menghadapi masalah kewangan atau mendapati ada tawaran pinjaman yang lebih baik, pembiayaan semula pinjaman kereta boleh menjadi pilihan.
Terdapat dua situasi dalam membuat pilihan sama ada hendak membiayai semula pinjaman kereta anda atau tidak. Anda boleh memutuskan sama ada anda ingin memendekkan jangka masa pinjaman kereta anda atau melanjutkan tempoh anda juga boleh mempertimbangkan pinjaman bercagar dengan kereta di Malaysia.

Mengurangkan faedah pinjaman anda
Kadar faedah pinjaman kereta atau Car Loan Interest merupakan istilah yang biasa digunakan dalam pembiayaan pinjaman kereta. Purata kadar pinjaman kereta ialah 4.07% untuk kereta baru dan 8.62% untuk kereta terpakai dan kadar faedah ini adalah berbeza bergantung kepada tawaran pinjaman bank atau institusi kewangan berlesen.
Andaikan kadar faedah tetap pinjaman kereta anda sebanyak 6.85% setahun. Sebuah bank menawarkan pembiayaan semula dengan kadar faedah semasa sebanyak 4.35% setahun. Melalui pembiayaan semula anda dapat melakukan penjimatan sebanyak 2.5% setahun sepanjang tempoh pinjaman anda. Katakan nilai kereta anda berharga RM300,000. Dengan perbezaan kadar faedah sebanyak 2.5% itu anda dapat melakukan penjimatan sebanyak RM7,500 setahun atau RM625.00 sebulan.
Mengurangkan komitmen kewangan bulanan (cash flow) anda
Bagi individu yang mempunyai komitmen kewangan bulanan yang tinggi, pelan pembiayaan semula dengan tempoh pembayaran yang lebih panjang membolehkan mereka membayar ansuran bulanan yang lebih kecil. Penjimatan ini boleh digunakan sama bagi tujuan pembayaran pinjaman yang lain seperti kenderaan, pendidikan atau kad kredit. Lebihan ini juga boleh digunakan sebagai simpanan bulanan.
Read more:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Pakej pembiayaan yang sesuai dengan kemampuan anda
Pembiayaan semula memberikan anda pilihan pakej yang sesuai dengan kedudukan kewangan semasa individu dan keadaan pasaran ekonomi negara semasa. Anda juga perlu pertimbangkan bahawa kadar faedah yang ditawarkan adalah kadar faedah tetap atau kadar faedah terapung. Walaupun kadar faedah terapung mempunyai potensi untuk dilaraskan kepada kadar yang lebih rendah, ianya juga berpotensi untuk meningkat pada masa depan selaras dengan kadar inflasi negara.
Ramai orang membuat kesilapan semasa memilih pakej pembiayaan semula kerana tidak membuat pengiraan yang teliti. Anda boleh melakarkan jadual perbandingan polisi pinjaman pembiayaan semula antara beberapa bank dan bandingkan amaun bayaran muka, kadar faedah, tempoh bayaran balik dan komitmen ansuran bulanan untuk mendapatkan maklumat keseluruhan sebelum membuat keputusan.
Meskipun komitmen ansuran bulanan tidak akan menunjukkan perbezaan yang sangat ketara, penjimatan faedah yang dikenakan dalam tempoh pinjaman tersebut dapat dilihat secara keseluruhan.
Secara kesimpulannya, pembiayaan semula mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Walaupun pembiayaan semula merupakan satu pilihan yang sesuai dan baik kepada pengguna dengan beberapa syarat. Antaranya, anda perlu mengkaji kedudukan kewangan semasa terlebih dahulu, mengetahui tujuan pembiayaan, dan seharusnya melakukan tinjauan dan perbandingan sebelum membuat pilihan pembiayaan semula.
Anda harus diingat bahawa, ianya penting untuk mengkaji sama ada pembiayaan semula betul-betul memberi manfaat kepada anda.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia