
Sep
Cara Buat Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta di Malaysia
Pembiayaan semula ke atas pinjaman kenderaan kebiasaanya satu amalan untuk mengurangkan komitmen bulanan dan tawaran menarik pulangan tunai. Ia juga melegakan beban kewangan individu atau keluarga yang mungkin menghadapi kesukaran dalam pengurusan kewangan atau refinance kereta di Malaysia. Sekiranya anda ingin uruskan hutang pinjaman kereta anda melalui servis pembiayaan semula, ikuti tips-tips berikut:
1. Dokumen rasmi yang perlu dikemukakan dalam proses permohonan
- Salinan Kad Pengenalan dan Lesen memandu
- Surat Pengesahan Jawatan
- Slip Gaji 6 Bulan Terkini
- Penyata Bank 6 Bulan Terkini
- Penyata KWSP
- Dokumen pemilikan kenderaan (geran)
- Imej kenderaan, chasis mobil (nombor chasis) dan nombor enjin
- Butiran insurans kenderaan, jarak tempuh dan sebagainya
- Butiran baki hutang semasa, amaun ansuran bulanan, kadar faedah dan tempoh pembayaran

2. Semak skor kredit anda
Anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia atau agensi-agensi perkhidmatan kredit seperti Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit untuk mendapatkan salinan laporan skor kredit anda untuk dibuatkan lampiran semasa mengemukakan permohonan pinjaman bercagaran.
Sekiranya anda merupakan paymaster yang bagus: sentiasa membayar ansuran bulanan tepat pada masanya tanpa tunggakan hutang, maka permohonan pinjaman cagaran untuk pembiayaan semula kereta anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diluluskan.
3. Mulakan permohonan pinjaman anda
Anda boleh mengemukakan beberapa permohonan pinjaman berasaskan cagaran bagi tujuan pembiayaan semula kereta anda kepada beberapa institusi kewangan atau bank. Selepas mendapatkan tawaran pinjaman daripada pihak bank atau institusi kewangan, anda boleh membuat perbandingan kadar faedah dan sebagainya sebelum memilih pakej tawaran yang paling menarik.
4. Semak nilai kenderaan anda
Anda boleh menganggar nilai kereta anda melalui semakan online atau servis penilaian profesional sebelum membuat permohonan pinjaman berasaskan cagaran bagi pembiayaan semula kereta anda. Anda perlu memastikan bahawa kereta anda lebih bernilai daripada baki pinjaman. Kalau tidak, permohonan pinjaman anda akan ditolak.
Read more:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

5. Pilih tempoh bayar balik pinjaman anda
Tempoh bayar balik pinjaman yang lebih pendek menawarkan kadar faedah yang lebih rendah. Anda boleh memilih tempoh bayar balik pinjaman yang paling pendek sekiranya anda mampu menanggung komitmen ansuran bulanan dan berhasrat untuk menjelaskan hutang dengan cepat. Jika hutang anda terlalu tinggi dan membebankan, anda boleh memilih tempoh bayar balik pinjaman yang lebih panjang dalam lingkungan 2 hingga 5 tahun. Namun, tempoh bayar balik pinjaman yang lebih panjang mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
6. Kemukakan dokumen rasmi anda
Selepas memilih pakej tawaran pinjaman berasaskan cagaran bagi pembiayaan semula kereta anda, anda boleh mula mengisi borang-borang dan melampirakan dokumen rasmi yang diperlukan berdasarkan permintaan bank atau institusi kewangan yang anda pilih.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia