
Jan
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Hartanah dan kenderaan ialah aset bernilai tinggi yang popular, walaupun ia aset tidak cair. Mereka mempunyai nilai yang tinggi dan mudah mendapatkan pulangan pelaburan.
Seperti kebanyakan orang di seluruh dunia, rakyat Malaysia juga pilih untuk memiliki kereta apabila mampu. Pembelian kereta lebih popular daripada motosikal kerana nilainya yang lebih tinggi.
Pemilikan kereta juga menyumbang kepada prestij dan keupayaan untuk ke mana-mana sahaja tanpa bergantung kepada pengangkutan awam.
Paling penting, sekiranya anda memiliki kereta, ianya boleh membantu anda apabila anda kesempitan wang. Anda boleh menukar kereta anda kepada wang tunai dengan menggadai atau menjual kereta anda.

Penilaian keadaan kewangan anda adalah penting!
Sebelum mengambil sebarang tindakan, anda harus mempunyai pemahaman yang jelas tentang keadaan kewangan anda kerana setiap langkah penyelesaian mempunyai kebaikan dan keburukan yang berbeza.
Ramai pengguna menggunakan servis kedai pajak gadai untuk menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek mereka. Mereka akan menggadaikan kenderaan mereka selama tiga bulan atau sekurang-kurangnya sehingga krisis kewangan mereka stabil.
Sekiranya anda mampu membayar balik wang kepada kedai pajak gadai dan menebus kenderaan anda, servis pajak gadai lebih sesuai berbanding dengan penjualan kereta anda untuk mendapatkan wang tunai. Sekiranya anda jual ataupun pajak kereta anda, wang yang boleh anda peroleh adalah lebih rendah daripada nilai asal kenderaan anda.
Adakah kedai pajak gadai menerima kereta?
Jawapan ringkasnya ialah ya, mereka terima. Kedai pajak gadai menerima dokumen pemilikan kereta sebagai cagaran. Walau bagaimanapun, mereka perlu membuat penilaian terhadap kenderaan anda.
Selain itu, anda tidak boleh mengharapkan pinjaman yang bernilai tinggi dari servis pajak gadai kerana terdapat sekatan maksima ke atas penilaian pemegang pajak gadai di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.
Di samping itu, setiap kedai pajak gadai menawarkan harga yang berbeza. Anda boleh pilih untuk menggadai kereta anda di servis pajak gadai kovensional atau servis pajak gadai Islam. Anda juga boleh pilih untuk membayar balik pinjaman anda secara ansuran atau mengikut tarikh akhir.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Bolehkah saya menggunakan kereta saya selepas menggunakannya sebagai cagaran?
Sekiranya anda gagal membayar pada akhir tempoh tersebut, pemegang pajak gadai mempunyai hak untuk mengambil kereta tersebut dan menjadikannya aset milik sendiri. Biasanya, kontrak perjanjian pajak gadai termasuk penetapan tempoh tangguh hutang dan denda. Dalam servis pajak gadai, anda hanya memindahkan hak milik sementara kepada pemegang pajak gadai sehingga anda membayar balik pinjaman (tidak seperti penjualan aset).
Laporan penilaian yang dilakukan oleh pihak servis pajak gadai juga berfungsi sebagai panduan anda sekiranya anda ingin menjualnya kepada pembeli persendirian yang sanggup mengeluarkan wang bayaran yang lebih tinggi. Satu-satunya kelemahan ialah anda perlu menilai bakal pembeli itu
sendiri. Selain itu, anda mungkin perlu tunggu beberapa minggu atau bulan sebelum anda menemui pembeli yang berpotensi untuk menjayakan jualan tersebut. Sementara itu, anda masih perlu menjaga kereta anda dan memastikannya dalam keadaan yang terbaik.
Sebagai konklusinya, servis kedai pajak gadai boleh membantu apabila anda memerlukan wang tunai dalam jangka masa yang singkat. Walaupun anda akan kehilangan akses kepada kertas kerja kenderaan seperti surat pemilikan kenderaan buat sementara waktu, anda masih boleh menggunakannya
kenderaan anda seperti biasa.
Penggadaian kereta memberi peluang untuk menebus balik aset tersebut apabila anda mempunyai dana yang mencukupi manakala penjualan kereta secara langsung memindah hak milik kereta tersebut kepada pemilik baru.
Apa-apa pun, pastikan anda memilih kedai pajak gadai berlesen dan pengedar yang bereputasi untuk bantu pelan kewangan anda.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia