
Dec
Bagaimana membiayai semula pinjaman kereta saya?
Salah satu dilema anak muda sekarang, adalah nak pilih antara rumah dengan kereta. Bukannya apa, rumah dan kereta dalam zaman ni dah jadi macam benda wajib. Ramai orang berpandangan bahawa kereta lebih mampu milik berbanding dengan rumah. Namun begitu. ansuran pinjaman kereta kebanyakannya memakan kos 15% daripada gaji bulanan pembeli. Selain itu, anda perlu membiayai ansuran bulanan kereta sekurang-kurangnya 5 tahun. Ianya merupakan suatu komitmen yang besar terutamanya kepada anak-anak muda yang baru memulakan kerjaya di bandar.
Sekiranya anda perlu menggunakan duit untuk menampung kos lain tidak dijangkakan dalam tempoh 5 tahun tersebut, adakah anda mampu mengeluarkan duit tersebut? Adakah anda perlu memohon hutang peribadi yang lain daripada bank? Adakah anda mempunyai cara yang lain untuk menguruskan kewangan anda dengan lebih baik?
Dalam situasi sebegini, nasib baik ada servis pembiayaan semula kereta. Servis ini memanfaatkan anda dalam pelbagai aspek.

Mengapa pilih pembiayaan semula untuk pinjaman anda?
Secara lazimnya, melalui pembiayaan semula atau refinancing, anda boleh mendapatkan pinjaman baharu berdasarkan baki loan semasa dengan kadar faedah yang lebih rendah dan kompetitif. Di samping itu, tempoh pembayaran balik hutang juga akan berubah berdasarkan pelan yang anda pilih.
Ini bermaksud, anda akan membayar hutang pembiayaan semula baharu dengan harga bulanan yang lebih rendah sekali gus lebih menjimatkan berbanding kadar pinjaman asal.
Anda mungkin boleh mempertimbangkan perkara-perkara berikut sebelum mengambil keputusan untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman kereta anda:
Kebanyakan pembeli kereta cenderung untuk memilih mana-mana produk pinjaman bank yang ditawarkan tanpa berfikir panjang. Secara asasnya, anda perlu menilai dengan terperinci sesuatu produk yang ditawarkan bagi mengelakkan anda daripada terjerat dengan beban hutang dan kadar faedah yang tinggi. Ini kerana, setiap produk yang ditawarkan oleh setiap bank menawarkan kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Anda perlu menilai kemampuan sendiri sama ada gaji semasa anda mampu menanggung pelan pinjaman baharu tersebut. Kebiasaannya, kadar faedah yang dikenakan adalah berbeza bergantung pada jenis bank yang dipilih, jenis kenderaan (baru atau terpakai), buatan tempatan atau import, kapasiti
enjin, cukai jalan (road tax) dan sebagainya. Selain itu, disebabkan perbezaan keadaan jalan raya, Malaysia Timur mengenakan cukai jalan yang lebih rendah daripada Malaysia Barat. Dalam pada itu, semua cukai jalan mempunyai pengiraan progresif daripada kadar asas. Sebagai implikasinya, semakin besar CC kereta tersebut, semakin mahal cukai jalan yang dikenakan.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Bilakah masa yang sesuai untuk membiayai semula kereta?
Terdapat pengguna yang membiayai semula pinjaman kereta dalam tahun pertama loan mereka. Namun, kebanyakan bank menentang perbuatan ini dan mungkin menolak permohonan pembiayaan semula yang dikemukakan. Kebanyakan orang setuju bahawa permohonan pembiayaan semula atau
refinancing haruslah dikemukan selepas melunaskan hutang semasa selama dua atau tiga tahun.
Sekiranya pinjaman kereta asal anda adalah selama lima tahun, permohonan refinancing dalam taun ketiga bermakna anda sudah hampir menyelesaikan pinjaman asal anda.
Apakah bank yang harus saya pilih untuk membiayai semula kereta?
Anda boleh memohon servis pembiayaan semula pinjaman dengan bank yang meluluskan pinjaman asal tersebut. Ianya akan membantu anda dalam proses kertas kerja kerana pihak bank sedia adanya mempunyai data dan rekod pembayaran anda. Sekiranya anda memilih servis pembiayaan semula
pinjaman daripada bank yang berlainan daripada bank asal, anda boleh membina skor kredit anda.
Sekiranya anda mempunyai rekod pembayaran yang tidak dijawab, skor kredit yang rendah atau kehilangan sebahagian daripada pendapatan anda, permohonan anda mungkin akan ditolak oleh pihak bank.
Jika begitu, anda boleh mencari pelan Pinjaman Peribadi Penyatuan Hutang (Debt Consolidation) dan bukannya pembiayaan semula kereta.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia