
Apr
Bagaimana Nak Cari Kedai Pajak Gadai Yang Boleh Dipercayai di Malaysia 2023
Pada masa kini terdapat banyak skim cepat kaya atau skim untuk mendapatkan wang dengan segera.
Seseorang boleh menjual barang milik mereka, mengambil pinjaman, atau bahkan gabungan kedua-duanya: pinjaman gadai. Pemegang atau kedai pajak gadai di Malaysia menerima aset seperti emas, barangan kemas, sekuriti bank (instrumen kewangan bank), dan kenderaan. Untuk mencari gadai kenderaan yang dipercayai di Malaysia, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

Undang-undang Pinjaman Pajak Gadai di Malaysia
Di Malaysia, servis pajak gadai diawasi oleh Akta Pajak Gadai 1972 dan Peraturan Pajak Gadai 1973. Bak kata orang tua-tua, pajak gadai merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan pinjaman wang kerana ia tidak memerlukan banyak dokumen dan semakan kredit.
Kedai pajak gadai adalah tempat di mana seseorang boleh meminjam wang dengan memberikan barang berharga sebagai jaminan (atau “gadai”) kepada pedagang atau lembaga kewangan yang menyediakan servis pinjaman tersebut.
Jika peminjam tidak dapat membayar kembali hutang pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan, pihak yang memberikan pinjaman memiliki hak untuk menjual barang jaminan tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan.
Bank Negara Malaysia (BNM) juga mempunyai garis panduan untuk mengawal dan mengawasi perkhidmatan pajak gadai. Berdasarkan undang-undang, pihak yang memberikan pinjaman, seperti kedai pajak gadai, tidak dibenarkan mengenakan faedah melebihi daripada kadar lingkungan 2% – 24%.
Pada masa yang sama, jumlah pinjaman maksimum yang boleh diberikan oleh kedai pajak gadai kepada pelanggan ialah RM10,000. Ini bermaksud bahawa jika pelanggan ingin meminjam wang yang melebihi jumlah tersebut, mereka perlu mencari pihak lain seperti institusi kewangan.
Pihak kedai pajak gadai akan memberikan maklumat mengenai tempoh pinjaman berserta faedah yang terkait dengannya. Biasanya, tempoh pinjaman adalah sehingga enam bulan dan pelanggan mempunyai pilihan untuk membayar faedah setiap bulan atau membayar keseluruhan jumlah faedah pada akhir tempoh pinjaman.
Biasanya, tempoh pinjaman akan ditetapkan oleh pihak peminjam, ianya adalah sehingga enam bulan dan pelanggan mempunyai pilihan untuk membayar faedah setiap bulan atau membayar keseluruhan jumlah faedah pada akhir tempoh pinjaman.
Jumlah amaun pinjaman biasanya ditentukan oleh nilai aset yang dikemukakan. Dalam perihal kenderaan, jenis buatan dan tahun pengeluaran mempengaruhi nilai pinjaman.
Bagaimana untuk mendapatkan servis pajak gadai kenderaan di Malaysia?
Seperti yang dibentangkan di artikel dahulu, tidak semua kedai pajak gadai kecil menerima kereta sebagai aset cagaran. Servis pajak gadai kereta ditawarkan oleh institusi korporat besar seperti Bank Rakyat. Terdapat beberapa kedai pajak gadai kecil yang menerima kereta sebagai aset cagaran yang boleh diakses online mahupun kedai fizikal. Panduan untuk cara mencari kedai pajak gadai yang terbaik akan dibincangkan selepas ini.
Langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda ingin memperoleh pembiayaan dengan menggunakan kenderaan sebagai cagaran di kedai pajak gadai atau bank:
Individu perlu mencari institusi yang dipercayai sebagai pemberi pinjaman.
Baca terma dan syarat pajakan dengan teliti untuk memastikan bahawa mereka memenuhi keperluan anda. Jika individu yakin dengan institusi tersebut dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditawarkan, individu boleh memproses permohonan pajakan.
Sediakan dokumen seperti sijil pendaftaran kenderaan, lesen memandu, dan lain-lain serta memperbaiki kenderaan jika perlu supaya ia kelihatan lebih bernilai.
Isi borang permohonan pajakan dengan maklumat peribadi, maklumat kenderaan dan tujuan pembiayaan.
Jika permohonan dipersetujui, institusi akan menilai nilai kenderaan dan menawarkan jumlah pembiayaan yang boleh diberikan kepada anda.
Jika anda bersetuju dengan jumlah pembiayaan dan terma-terma lain yang diberikan, anda boleh menandatangani kontrak pajakan dan menerima wang pembiayaan.
Panduan untuk cari kedai pajak gadai yang boleh dipercayai.
Cari pemberi pinjaman yang mempunyai lesen yang sah seperti institusi korporat dan bank. Sekiranya anda tidak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh institusi korporat dan bank, anda boleh mencari kedai pajak gadai yang berlesen. Terdapat beberapa senarai kedai pajak gadai yang sah dan berlesen yang boleh ditemui di internet. Ini bertujuan untuk memastikan bahawa pihak yang meminjam atau yang memberikan cagaran mendapat perlindungan undang-undang dan berurusan dengan entiti yang sah dan dipercayai.
Bacalah dengan teliti butiran tentang gadai termasuk prinsip pemberi pinjaman. Contohnya, jika pemberi pinjaman mengamalkan prinsip Syariah, tidak akan ada caj faedah tetapi akan dikenakan caj penjagaan aset. Kemudian bandingkan dengan prinsip konvensional dan pilih servis yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Bandingkan kadar faedah
Tanya dan fahami bagaimana pemberi pinjaman akan mengendalikan kenderaan anda, terutamanya dalam situasi jika ada kerosakan pada kereta anda apabila ia dikembalikan kepada anda selepas tempoh pinjaman berakhir. Dengan demikian, anda dapat memahami risiko yang mungkin timbul dan membuat keputusan yang lebih berfikir dengan teliti sebelum membuat keputusan untuk menggunakan kenderaan anda sebagai cagaran.
Dapatkan pandangan dan pengalaman dari individu lain yang telah menggunakan khidmat pemberi pinjaman tersebut.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Kebaikan dan keburukan menggunakan servis kedai pajak gadai di Malaysia.
Kebaikan
• Pajakan tidak akan memberi kesan kepada skor kredit anda. Apabila anda tidak mampu melangsaikan hutang pinjaman, mereka hanya akan menjual kenderaan anda. Jika kenderaan bernilai lebih daripada RM200, kedai pajak gadai atau bank akan lelong kenderaan anda.
• Biasanya, anda boleh memilih untuk membayar bulanan atau membayar sekali gus di akhir tempoh.
• Tidak akan ada penalti faedah xtra yang akan dikenakan. Anda hanya akan kehilangan kenderaan yang dicagarkan dan tiada tindakan undang-undang yang lanjut.
• Tidak banyak dokumen atau kertas kerja yang diperlukan berbanding dengan pinjaman tanpa cagaran, lalu mempercepatkan proses permohonan.
Keburukan
• Berbanding dengan pinjaman peribadi (personal loan), servis pajak gadai kereta mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi.
• Kereta atau aset berharga lain yang digunakan sebagai cagaran akan dinilaikan pada nilai yang kurang daripada nilai sebenar selepas mengambil kira kadar faedah. Oleh itu, lebih baik anda melangsaikan hutang pinjaman anda dan elakkan kereta anda daripada disita.
Risiko yang mungkin timbul apabila menggunakan kenderaan anda sebagai cagaran
Anda perlu bersedia menghadapi risiko kerosakan kenderaan. Sesetengah pemegang pajak gadai hanya menyimpan kenderaan anda di stor manakala yang lain mungkin menggunakannya. Pastikan terma dan syarat jelas sebelum anda menandatangani kontrak. Selain itu, sekiranya anda menggunakan servis kedai pajak gadai yang tidak berlesen atau haram, bahagian kenderaan anda mungkin ditukar secara haram. Walaupun kes-kes begini jarang berlaku, ia merupakan suatu risiko yang anda perlu tahu.
Setelah anda cuba kemudahan pinjaman daripada skim gadai, anda mungkin mengambil barang berharga lain untuk dijadikan gadaian untuk mendapatkan wang dengan cepat dan mudah. Jangan menjadi ketagih dan menggunakan skim pinjaman gadai untuk menyokong gaya hidup anda.
Pemegang pajak gadai akan sentiasa memberikan anda pinjaman kerana ia memberi manfaat kepada mereka sama ada anda dapat melangsaikan hutang ataupun tidak. Pertimbangkan servis pinjaman lain termasuk kad kredit, pinjaman peribadi, dan juga menjual barang berharga anda terlebih dahulu sebelum terjun ke dalam alam servis pinjaman pajak gadai kenderaan komersil di Malaysia.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta