
Dec
Dua Jenis Servis Pajak Gadai di Malaysia: Anda Perlu Ambil Perhatian!
Di Malaysia, servis kedai pajak gadai wujud sejak tahun 1871. Servis pajak gadai dikawal di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Sehingga hari ini, pinjaman gadai masih merupakan salah satu daripada pilihan pembiayaan kegemaran rakyat Malaysia. Terdapat 2 jenis servis pajak gadai di Malaysia. Dengan adanya pajak gadai yang mematuhi Syariah di Malaysia, orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan untuk memilih cara pembiayaan
kewangan mereka. Untuk pengetahuan yang lebih lanjut terhadap perbezaan servis pajak gadai di Malaysia dan apakah kriteria yang mendorong pengguna membuat pilihan, sila rujuk kepada perenggan berikut.

Mengapa Rakyat Malaysia Memilih Pajak Gadai?
Ramai orang Malaysia cenderung untuk menggunakan servis kedai pajak gadai berbanding pinjaman di bank kerana ianya tidak memerlukan skor kredit yang cemerlang untuk mendapatkan kelulusan pinjaman. Selain mudah dan cepat, ianya juga berisiko rendah dan selamat.
• Mudah dan Cepat
Syarat-syarat untuk memohon pajak gadai adalah sangat mudah. Pengguna hanya perlu mengisi borang dan mengemukan aset cagaran untuk dibuat penilaian yang pantas. Ia hanya mengambil masa 5 minit untuk memohon servis kedai pajak gadai.
• Risiko rendah dan selamat
Berbanding dengan syarikat pinjaman kewangan tidak berlesen, servis kedai pajak gadai mempunyai risiko yang lebih rendah. Dalam pinjaman gadai, barang cagaran yang tidak mampu ditebus pemilik adalnya akan dilelong. Penggunaan servis pajak gadai juga tidak akan menjejaskan rekod skor kredit pengguna.
• Tiada semakan kredit
Untuk menggunakan servis kedai pajak gadai, tiada semakan kredit diperlukan dalam sistem CTOS atau CCRIS. Jadi, permohonan pajak gadai anda lebih mudah untuk diluluskan berbanding pinjaman peribadi di bank.
Dua Jenis Servis Pajak Gadai di Malaysia
Terdapat dua (02) jenis servis pajak gadai di Malaysia: konvensional dan Ar-Rahnu. Sistem pajak-gadai konvensional menawarkan servis pajak gadai yang biasanya terdapat di negara-negara lain: barang bernilai dijadikan cagaran, wang tunai diberikan sebagai pinjaman. Manakala sistem pajak gadai Islam, Al-Rahnu mengelakkan sebarang Riba’ dan pembayaran faedah.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

1. Pajak Gadai Konvensional
Dalam sistem pajak gadai konvensional, perniagaan atau individu mencagarkan harta peribadi seperti barang kemas atau produk emas untuk mendapatkan pinjaman dalam bentuk wang tunai. Sesetengah kedai pajak gadai di Malaysia juga menerima barangan lain yang bernilai tinggi seperti komputer, telefon pintar, jam tangan mewah dan banyak lagi.
Walaupun faedah yang dikenakan oleh kedai pemegang pajak gadai adalah lebih tinggi daripada faedah pinjaman peribadi di bank (maksima 2% sebulan), ianya masih lebih rendah daripada peminjam lain seperti syarikat kewangan tidak berlesen ataupun lintah darat.
Sekiranya si peminjam tidak mampu menebus barangan yang dipajak pada akhir tempoh perjanjian, faedah pinjaman akan dikenakan setiap bulan, atau melelongkan barangan tersebut untuk mengakhiri perjanjian pajak gadai tersebut. Biasanya tempoh perjanjian pinjaman pajak gadai di Malaysia adalah selama 6 bulan, dan ianya boleh dilanjutkan derdasarkan perbincangan dengan si peminjam.
2. Ar-Rahnu
Servis pajak gadai Islam di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1992. Perbezaan yang paling besar antara servis pajak gadai konvensional dan Ar-Rahnu adalah dalam sistem menawarkan dana kepada semua permohonan. Dalam sistem pajak gadai konvensional, pemilik pajak gadai mengenakan faedah ke atas pinjaman yang diberi manakala dalam sistem pajak gadai Islam, tiada faedah yang dikenakan atas pinjaman yang diberi.
Sebagai contoh, terdapat pengguna yang memerlukan tunai RM5,000 dan dia mencagarkan 15g emas kepada pemegang pajak gadai atau kedai pajak gadai. Dalam sistem pajak gadai konvensional, faedah akan dikenakan ke atas pinjaman RM5,000 tersebut. Untuk menebus kembali emas tersebut, pengguna mesti bayar lebih daripada jumlah asal RM5,000 tambah faedah.
Dalam sistem pajak gadai Islam, tiada caj faedah yang dikenakan ke atas RM5,000 tersebut. Anda hanya perlu membayar kos insurans, kos pentadbiran dan kos perkhidmatan atas bantuan kedai pajak gadai dalam menyimpan emas anda.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia