
Aug
Tiga Faedah Pinjaman Berasaskan Cagaran
Data daripada Bank Dunia menunjukkan bahawa 183% daripada perkhidmatan pinjaman di Malaysia memerlukan suatu cagaran. Data yang sama juga menunjukkan bahawa kadar faedah pinjaman kewangan semasa adalah lima puluh peratus kurang daripada kadar faedah pinjaman kewangan sedekad yang lalu.
Kadar faedah yang rendah ini boleh memanfaatkan negara secara keseluruhan dengan memastikan ekonomi negara aktif dan berkembang maju. Adakah kita juga dapat menikmati manfaat faedah yang rendah dalam permohonan pinjaman berasaskan cagaran atau pinjaman bercagar dengan kereta di Malaysia.

Apakah itu Pinjaman Berasaskan Cagaran?
Pinjaman berasaskan cagaran adalah suatu pinjaman peribadi yang memerlukan anda untuk mencagarkan mana-mana aset berharga yang dimilki seperti rumah, kenderaan, barangan kemas dan sebagainya sebagai jaminan untuk pinjaman atau lanjutan pinjaman yang dilakukan. Di Malaysia, anda boleh menggunakan beberapa barangan atau hartanah seperti jam tangan berharga, emas, barang kemas, kereta dan motosikal, pangsapuri dan tanah sebagai cagaran. Kelulusan untuk pinjaman berasaskan cagaran amat bergantung kepada nilai aset yang telah pun dicagarkan. Semakin tinggi nilai aset yang dicagarkan, semakin tinggi amaun pinjaman yang berkemungkinan diluluskan.
Terdapat lebih daripada 3000 institusi kewangan berlesen untuk membuat permohanan pinjaman di Malaysia. Setiap institusi mempunyai peraturan dan kriteria yang berbeza mengenai pinjaman minimum dan tempoh masa untuk melangsaikan hutang. Akan tetapi, terdapat tiga faedah utama yang perlu anda ketahui sebelum membuat permohonan pinjaman berasaskan cagaran.
Kadar Faedah yang Rendah
Kadar faedah yang dikenakan pada pinjaman peribadi cagaran secara umumnya adalah lebih rendah berbanding kepada pinjaman peribadi tanpa cagaran. Ianya adalah kerana risiko yang ditanggung oleh pihak pemberi pinjaman adalah lebih rendah apabila cagaran aset dijadikan sebagai suatu guarantor. Pihak bank atau syarikat kewangan berlesen yang mengemukan pinjaman mempunyai hak untuk tarik balik aset yang dicagarkan sekiranya peminjam tidak melangsaikan hutang.
Read more:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Proses Yang Senang Buat Pemohonan Kali Pertama
Ramai orang yang tidak pernah memohon pinjaman kewangan takut dengan proses permohonan yang kompleks. Perkhidmatan pinjaman berasaskan cagaran ini dijadikan sebagai salah satu pilihan yang dipertimbangkan oleh peminjam kali pertama kerana proses permohonannya yang ringkas. Memandangkan ini adalah kali pertama peminjam memohon wang daripada pemiutang, mereka perlu menunjukkan bahawa mereka mampu membayar balik pinjaman tersebut, dan perkhidmatan pinjaman kewangan berasaskan cagaran adalah pilihan yang baik.
Anda boleh memilih vendor yang memberikan anda kadar faedah yang terbaik. Terdapat beberapa laman web yang mengira kadar faedah dan amaun bayaran bulanan perbankan konvensional ataupun perbankan Islam. Dalam pada itu. ada juga laman-laman web yang mengambil kira faktor seperti individu berpendapatan rendah.
Walaupun tiada jaminan seratus peratus bahawa bank akan meluluskan permohonan anda, penyediaan aset untuk dijadikan cagaran meningkatkan peluang kelulusan permohonan anda.
Membina Skor Kredit
Skor kredit ialah sistem pemarkahan yang digunakan oleh bank untuk melihat kelayakan atau keupayaan anda sebagai bakal penghutang untuk pinjaman yang dicadangkan. Ia juga boleh digunakan untuk mengakses pelbagai kemudahan pinjaman lain.
Ramai orang menolak pinjaman berasaskan cagaran kerana mereka memerlukan pinjaman dengan kadar segera atau tidak mempunyai skor kredit yang baik. Berbanding dengan pinjaman tidak bercagar yang boleh diluluskan serta merta, proses pinjaman berasaskan cagaran seakan-akannya menyusahkan buat pandangan sesetengah pihak. Namun begitu, pinjaman tidak bercagar mengenakan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding dengan pinjaman berasaskan cagaran.
Pinjaman berasaskan cagaran juga boleh bantu membina skor kredit anda sekiranya anda boleh membayar hutang tersebut secara konsisten. Ramai orang menggunakan perkhidmatan pinjaman berasaskan cagaran untuk merancang pembiayaan semula hutang mereka yang sedia ada.
Konklusinya, aset yang sama tidak boleh digunakan beberapa kali sebagai cagaran untuk memohon beberapa pinjaman yang berbeza. Namun, aset tersebut boleh dijadikan cagaran untuk permohonan perkhidmatan pinjaman berasaskan cagaran. Dana yang diperoleh daripada pinjaman berasaskan cagaran tersebut boleh digunakan dalam rancangan pembiayaan semula hutang-hutang tertunggak yang lain.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia