
Apr
Jenis-jenis Pembiayaan Perniagaan di Malaysia dan Cara Mendapatkannya 2023
Wabak Koronavirus memberi kesan yang buruk kepada rakyat di seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Kajian menunjukkan kadar pengangguran semasa pandemik adalah yang tertinggi dalam beberapa dekad. Walau bagaimanapun, terdapat peningkatan yang ketara dalam bilangan usahawan baru yang membuka perniagaan semasa masa yang sukar tersebut.

Jenis-jenis Pembiayaan Perniagaan di Malaysia
Untuk mendanai perniagaan mereka, usahawan baru biasanya menggunakan wang simpanan mereka, meminjam dari orang terdekat, atau malah mengambil pinjaman daripada institusi kewangan. Selain itu, terdapat juga beberapa skim pembiayaan perniagaan di Malaysia yang disediakan oleh kerajaan, institusi modal ventura, dan organisasi lain. Jika anda seorang pembina perniagaan atau usahawan baru, sila semak beberapa skim pembiayaan perniagaan di bawah dan bagaimana untuk memperolehnya.
Skim Geran Kerajaan
Rakyat Malaysia boleh memohon geran kerajaan yang bertujuan untuk membantu pembina perniagaan dan perniagaan yang mempunyai pelan pengembangan, memulakan automasi, modal kerja, membiayai penyelidikan, sokongan kecemasan, aktiviti pemasaran, dan lain-lain. Anda tidak perlu membayar balik wang yang diberikan melalui skim pembiayaan ini.
Dua geran terkenal di Malaysia adalah Skim Geran CIP Ignite dan Skim Geran Pendigitalan PKS. Geran-geran tersebut memberi tumpuan kepada digitalisasi dan industri teknologi. CIP Ignite juga merangkumi Program Bimbingan Terstruktur yang meliputi pembimbingan dan latihan untuk membantu pembina perniagaan berkembang.
Skim Pinjaman Kerajaan
Kerajaan Malaysia bermurah hati menyediakan dan memberi sokongan kepada beberapa agensi yang mengkhususkan diri dalam pengembangan perniagaan dan suntikan modal seperti TEKUN, MIDF, MARA, CGC, SME Bank, dan banyak lagi.
Di bawah setiap agensi, terdapat beberapa program atau skim pembiayaan yang layak dipohon oleh semua rakyat Malaysia. PPUS atau Program Pembangunan Usahawan Graduan adalah salah satu program terkenal yang disediakan oleh TEKUN. Ianya menawarkan sehingga RM50,000 untuk seorang graduan Bumiputera dan bagi calon pasangan, jumlah yang ditawarkan adalah RM150,000.
Selain itu, di bawah inisiatif TEKUN, terdapat Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India atau SPUMI. Ianya hampir sama dengan PPUS tetapi hanya orang India di Malaysia layak untuk memohon program ini.
Program terkenal lain adalah SLSME atau Skim Pinjaman Lunak untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana. Di bawah MIDF, jumlah pinjaman minimum yang ditawarkan adalah RM50,000 dengan pelbagai peratusan bergantung pada jenis perbelanjaan dan had pembiayaan.
Modal Ventura Yang Ditaja Oleh Kerajaan
Dalam pembiayaan modal ventura, pihak Kerajaan mengambil peratusan keuntungan atau syer pemilikan perniagaan atas amaun pembiayaan yang diberikan. Oleh itu, skim ini digunakan oleh pengusahawan perniagaan atau syarikat yang sudah beroperasi dalam keuntungan.
Fokus modal ventura adalah untuk membangunkan, mengembangkan, dan kadang-kadang menyelamatkan perniagaan. Contoh program ini adalah BSF atau Dana Permulaan Perniagaan. Dana yang ditawarkan adalah sehingga 90% daripada kos keseluruhan projek atau bersamaan dengan RM5,000,000. Sebelum proses pemilihan, terdapat yuran permohonan sebanyak RM3,500.
P2P lending
Skim pinjaman ini tidak berkaitan dengan kerajaan. Skim pinjaman ini mempunyai kadar faedah yang amat tinggi dan mengenakan syarat kelayakan yang lebih rumit. Kadar faedah boleh mencapai 18% setahun kerana para pelabur mencari pulangan yang lebih tinggi sebagai pertukaran atas pelaburan wang mereka. Tiada yuran permohonan untuk servis ini. Namun, yuran pentadbiran akan dipotong dari wang yang anda terima dari pinjaman.
Semakin banyak wang yang anda memohon, semakin lama proses kelulusannya. Amaun kurang daripada RM100,000 biasanya boleh diproses dalam beberapa hari. Contoh institusi P2P Lending di Malaysia adalah microLEAP, Fundaztic, AlixCo, dan banyak sebagainya.
Crowdfunding
Crowdfunding adalah kaedah untuk mengumpulkan dana daripada pelbagai individu atau pihak melalui internet untuk membiayai projek atau perniagaan. Terdapat tiga jenis skim crowdfunding yang paling biasa iaitu:
Skim berdasarkan sumbangan
Skim berdasarkan ganjaran
Skim ekuiti crowdfunding
Skim berdasarkan ganjaran dan sumbangan tidak memerlukan sebarang dokumen atau semakan sejarah operasi perniagaan. Proses permohonan adalah mudah, tetapi jumlah dana yang dikumpulkan boleh berubah-ubah dan tidak dapat diramalkan. Sementara itu, ekuiti crowdfunding memerlukan lebih banyak dokumen dan saham pemilikan/keuntungan. Namun, mereka menjamin jumlah wang yang tepat untuk pembiayaan. Contoh crowdfunding ekuiti di Malaysia adalah Leet Capital, pitchIN, dan Crowdo.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Program pemacu pertumbuhan perniagaan
Program pemacu pertumbuhan perniagaan atau startup accelerator adalah satu program yang memberikan sokongan kepada syarikat-syarikat baharu melalui pendidikan, mentorship, atau bantuan kewangan. Mereka mengambil sebahagian daripada keuntungan atau menetapkan kadar faedah tetap yang perlu dibayar atas dana yang diberikan kepada perusahawan. Contoh Program pemacu pertumbuhan perniagaan termasuk LaunchPad, Alphacap, Berhad, dan Program Pemacu Selangor.
Angel investor
Angel Investor merujuk kepada individu kaya yang menawarkan dana dan kadang-kadang program sokongan kepada pemilik perniagaan atau start-up yang tidak layak untuk mendapatkan pinjaman bank.
Walaupun ia mungkin kelihatan seperti program amal, sudah tentunya anda perlu membayar beberapa peratusan untung bisnes anda kepada pihak pelabur.
Dalam servis Angel Investor, terma dan syarat pembiayaan adalah tidak tetap dan ianya berbeza mengikut setiap individu. Antara Angel Investor yang terkenal di Malaysia termasuk NEXEA, MBAN, Biz Angel, dan yang lain-lain. Individu Angel Investor yang terkenal termasuk Mohd Ridzwan Nordin, Henry Loke, Alan Lim, Kai Kux, Asim Qureshi, dan yang lain-lain.
Pinjaman Perniagaan
Pinjaman perniagaan adalah servis pembiayaan yang paling umum bagi perniagaan di Malaysia. Perniagaan anda mesti beroperasi selama beberapa tahun untuk layak memohon pinjaman ini. Pembiayaan yang diberikan terhad kepada beberapa transaksi dan, kebanyakan bank menawarkan pinjaman dengan kadar faedah yang antara 5-7% setahun. Amaun pinjaman yang diberikan boleh mencapai RM10,000 hingga jutaan ringgit.
Syarat-syarat untuk pinjaman perniagaan biasanya lebih ketat dan pemohon perlu membuktikan bahawa perniagaan mereka mempunyai rekod kewangan yang baik serta jangkaan keuntungan yang menjanjikan. Kadar faedah bagi pinjaman perniagaan biasanya lebih rendah berbanding pinjaman peribadi.
Pinjaman Peribadi
Perbezaan antara pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan ialah pinjaman peribadi biasanya digunakan untuk tujuan peribadi seperti membayar hutang kad kredit atau beli kereta. Manakala, pinjaman perniagaan bertujuan perniagaan seperti membuka kedai baru atau mengembangkan perniagaan. Kadar faedah dan jumlah pinjaman juga berbeza antara kedua-dua jenis pinjaman.
Setelah mengetahui jenis-jenis pembiayaan perniagaan di Malaysia, jawablah pertanyaan-pertanyaan ini terlebih dahulu sebelum mengajukan permohonan:
• Apa objektif anda?
• Berapa banyak wang yang anda perlukan?
• Apa latar belakang perniagaan anda?
• Apakah sejarah perniagaan anda melaporkan keuntungan?
Setiap pertanyaan akan membantu anda mencari skim pembiayaan yang paling sesuai untuk anda. Terdapat beberapa program hanya ditawarkan untuk etnik atau bidang perniagaan tertentu. Periksa terma syarat setiap skim dan program untuk menyesuaikan profil dan keperluan anda dengan jenis pembiayaan yang ditawarkan. Jangan ragu-ragu! Selagi para pelabur menemukan harapan dan visi mereka dalam perniagaan anda, tidak ada alasan bagi mereka untuk menolak permohonan pembiayaan anda. Semoga berjaya!
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta