
Sep
Kelebihan vs. Kelemahan Pembiayaan Semula (Refinance):
Adakah Ianya Betul-Betul Bermanfaat?
Pembiayaan semula atau refinance (overlap) adalah satu proses pertukaran gadaian sari satu institusi kewangan ke institusi kewangan yang lain. Apabila anda memohon pinjaman kewangan daripada bank atau institusi kewangan lain untuk menyelesaikan baki hutang pinjaman kereta yang sedia tertunggak, pinjaman tersebut dirujuk sebagai pinjaman pembiayaan semula kereta.
Pinjaman pembiayaan semula ini merupakan produk kewangan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana kemudahan pembayaran balik pinjaman, khususnya dalam bentuk pinjaman berasaskan cagaran.
Artikel ini akan berbincang tentang kelebihan dan kelemahan pengambilan pinjaman pembiayaan semula yang anda perlu pertimbangkan. Para pengguna haruslah mengkaji kedudukan kewangan semasa terlebih dahulu, mengetahui tujuan pembiayaan, melakukan tinjauan dan perbandingan sebelum membuat pilihan pembiayaan semula dan mengkaji sama sejauh mana pembiayaan semula betul-betul memberi faedah kepada mereka.
Kelebihan Pembiayaan Semula (Refinance)
Malaysia merupakan salah sebuah negara di dunia yang mempunyai kos sara hidup serta pelan bayaran ansuran pinjaman pembiayaan semula kereta yang rendah. Secara purata, komitmen ansuran bayaran kereta selama 9 tahun hanya memerlukan RM1,000 (bersamaan USD227.74) sebulan.
Kadar faedah pinjaman pembiayaan semula kereta di bank negara-negara Asia Tenggara yang lain adalah dalam lingkungan 6-8% peratus. Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan produk pinjaman pembiayaan semula kereta, dengan hanya purata faedah dalam lingkungan 3 – 3.5% peratus. Malah, sesetengah bank seperti CIMB dan Bank Muamalat mengenakan kadar faedah kurang daripada 3% peratus.
Kadar faedah yang rendah ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakan perkhidmatan pinjaman pembiayaan semula. Secara langsungnya, perkhidmatan ini senang diakses di mana-mana bank di Malaysia. Ramai rakyat Malaysia mengambil pinjaman pembiayaan semula kereta daripada Malayan Bank Berhad (Maybank) kerana ianya merupakan perintis produk pinjaman pembiayaan semula kereta dalam negara. Oleh itu, anda bukannya keseorangan semasa memilih produk pinjaman pembiayaan semula di Malaysia.
Kelemahan Pembiayaan Semula (Refinance)
Maklumat skor kredit biasanya diperoleh dari laporan kredit seseorang. Laporan tersebut akan menunjukkan kebolehan seseorang untuk melangsaikan kreditnya (baki kad kredit, ansuran pinjaman peribadi, ketepatan membuat bayaran) dan juga komitmen kewangan yang lain. Di Malaysia, terdapat 3 cara untuk memperoleh laporan kredit dan dapatkan skor kredit anda: CCRIS, CTOS dan Laporan Kredit Peribadi.
Jika anda tidak memiliki kad kredit, atau tiada sebarang pinjaman, ini bermakna anda tidak memiliki skor kredit dan ini boleh menyukarkan anda pada masa akan datang. Sekiranya anda langsung tidak mempunyai skor kredit, permohonan pinjaman anda mungkin tidak akan diluluskan. Situasi ini amatlah bercanggah dengan negara-negara Asia Tenggara lain yang tidak mempunyai kriteria sebegini. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh melantik guarantor atau penjamin semasa memohon pinjaman.
Selain itu, permohonan produk pembiayaan semula kereta hanya terhad kepada warganegara Malaysia. Sekiranya anda ingin memohon produk pinjaman daripada institusi kewangan selain daripada institusi perbankan di Malaysia, ianya susah untuk mencari pemiutang yang berlesen dan boleh dipercayai.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Kesimpulannya
Anda boleh memohon produk pinjaman pembiayaan semula kereta sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan mencapai syarat kelayakan minimum pendapatan bulanan. Untuk memastikan pinjaman anda terjamin, kami menyarankan anda untuk memohon pinjaman melalui bank-bank yang terkenal di Malaysia seperti Maybank atau Bank Muamalat. Elakkan memohon produk pinjaman melalui perkhidmatan pinjaman atas talian online. Kebiasaannya, produk pembiayaan semula kereta melalui talian online ini mengenakan faedah dua kali atau tiga kali ganda daripada pihak bank.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia