
Nov
Ketahui Peraturan Pajak Gadai Kenderaan Di Malaysia
Rakyat Malaysia lazimnya mengiktiraf peraturan kedai pajak gadai sebagai undang-undang mutlak. Sebenarnya, yang melaraskan aktiviti pajak gadai di Malaysia adalah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Ramai orang berpendapat bahawa penggunaan servis pajak gadai ialah cara yang pantas dan mudah untuk meminjamkan wang tanpa menjalani pemeriksaan kredit.
Walau bagaimanapun, terdapat peraturan yang perlu anda patuhi semasa gadai kenderaan anda. Terdapat perkara yang perlu anda lakukan dan bayaran yang perlu dilakukan sebelum kenderaan anda digadai ke kedai pajak gadai. Kami akan memberitahu anda perkara yang boleh anda lakukan di kedai pajak gadai.

Apakah fungsi pajak gadai kenderaan di Malaysia?
Di Malaysia, kenderaan diiktirafkan sebagai barang berharga yang boleh digadaikan di kedai pajak gadai. Namun, anda perlu mencari kedai pemegang pajak gadai yang menerima kereta sebagai gadaian kerana kebanyakan kedai pemegang pajak gadai lebih suka memegang emas, berlian, barangan kemas dan aksesori lain yang serupa.
Selepas menemui broker yang sesuai, anda perlu menunjukkan kad pengenalan anda dan mengemukakan barang yang anda ingin gadaikan. Nilai barang yang anda gadaikan akan diputuskan oleh pihak pemegang pajak gadai dan ianya mungkin lebih rendah berbanding jangkaan anda. Kemudian, wang berdasarkan nilai barang pajakan anda akan diberikan sebagai pinjaman.
Kedai pemegang pajak gadai akan menegeluarkan slip pajak gadai selepas menggadai kenderaan. Anda perlu simpan dokumen ini dan mengemukakan slip pajak gadai ini apabila menebus semula barang-barang anda pada kemudian hari.
Apakah polisi gadaian kenderaan di Malaysia?
Pinjaman dan faedah maksimum adalah dua perkara yang perlu anda ketahui apabila menggadai kenderaan anda di Malaysia. Jumlah maksimum pinjaman yang boleh anda perolehi ialah RM10,000 dan kadar faedah tidak boleh melebihi 2% sebulan (atau 24% setahun).
Tiada servis pajak gadai Islam untuk barangan bukan emas di Malaysia. Jadi, anda perlu membayar pinjaman dan kadar faedah apabila menggadai harta bukan emas. Selain itu, nilai kereta dan motosikal secara puratanya lebih rendah berbanding dengan jumlah pinjaman maksimum yang akan kita perolehi.
Secara purata, harga purata sebuah kereta di Malaysia bermula dari sekitar RM40,000 (atau ansuran bulanan RM450). Manakala harga purata sebuah motosikal adalah sekitar RM8,000 hingga RM11,000 (atau RM228 hingga RM350 sebulan).
Pemegang pajak gadai di Malaysia lazimnya mengehadkan pelan ansuran kepada maksimum enam bulan. Anda dan pemegang pajak gadai boleh memutuskan berapa lama tempoh tanggungan hutang tersebut. Kegagalan anda untuk membayar hutang pinjaman dalam tempoh masa yang dipersetujui akan mengakibatkan pemegang pajak gadai menuntut harta anda sebagai harta mereka sendiri.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Apa yang perlu dipertimbangkan semasa menggadai kenderaan?
Memilih kedai pemegang pajak gadai yang betul adalah langkah kritikal sebelum anda memutuskan untuk menyerahkan barang-barang berharga anda. Anda haruslah memilih kedai pemegang pajak gadai yang berlesen untuk mendapatkan perlindungan pengguna di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Anda boleh menyemak jenis lesen yang dipegang oleh kedai pemegang pajak gadai dengan melawat kedai tersebut dan melihat lesen
perniagaan mereka, ataupun melalui laman web kedai tersebut. Di samping itu, pastikan anda bandingkan kadar faedah yang dikenakan supaya anda tidak diambil kesempatan.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia