
Dec
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya memerlukan wang tunai di Malaysia?
(Edisi pelancong)
Wang tunai adalah satu benda yang tidak boleh sesekali dilupakan ketika melancong. Ianya kaedah pembayaran yang paling umum di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Kajian transaksi pembayaran di Malaysia membuktikan bahawa wang tunai kekal sebagai kaedah pembayaran yang paling disukai (dan oleh itu paling dituntut) oleh pengguna. Tanpa wang tunai, pelancong sukar untuk menikmati percutian sepenuhnya kerana terdapat banyak kedai-kedai atau kedai
persendirian di lokasi pelancongan yang tidak menerima kad kredit.
Namun begitu, pencuri lebih cenderung untuk mencuri wang tunai daripada e-dompet, terutamanya apabila wang kertas atau syiling kelihatan. Oleh itu, kami perlu mengambil langkah keselamatan untuk melindungi wang tunai kami dan artikel ini akan memberi anda beberapa idea yang boleh digunakan untuk meningkatkan perlindungan wang anda.

#1. Tinjau sekeliling ATM untuk mencari anomali
Mesin ATM ada di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia. Tempat-tempat ini ialah tempat yang sering dikunjungi apabila anda mengeluarkan wang tunai. Rakyat Malaysia sering pilih penggunaan mesin ATM Maybank atau Public Bank, walaupun kadang-kalanya terdapat mesin ATM daripada bank yang lain di tempat yang sama. Ini adalah kerana kedua-dua bank tersebut lebih popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan secara amnya, lebih selamat untuk digunakan.
Selain itu, pengeluaran wang dari cawangan bank lebih selamat daripada penggunaan mana-mana ATM yang terletak di pasar mini. Namun begitu, anda masih perlu berhati-hati dengan anomali yang boleh berlaku di sekitar ATM seperti kehadiran kamera pengintip, cela-cela yang membolehkan nombor pin anda dilihati, serta pad nombor yang tidak mudah ditekan atau slot kad yang menyebabkan kad sukar untuk dimasukkan.
#2. Gunakan Kad Prabayar Pelancong dan faedah keahlian anda
Kad Prabayar Pelancongan atau Prepaid Travel Card adalah kad yang digunakan untuk memudahkan perjalanan atau melancong ke luar negara. Kad ini boleh diisi dengan sejumlah wang yang kemudiannya ditukar kepada mata wang yang dikehendaki dan tersedia.
Monese dan Wise adalah dua kad pelancongan yang sering dibawa oleh pelancong antarabangsa semasa berada di Malaysia. Kedua-dua kad perjalanan ini boleh menerima mata wang asing yang berbeza sambil mengekalkan yuran yang lebih rendah. Beberapa kad keahlian dalam talian dan luar talian juga boleh digunakan untuk dapatkan ganjaran semasa melancong ke Malaysia, seperti Watsons, Kinokuniya, Fave, Grab, Starbucks dan lain-lain.
Anda boleh menggunakan kad prabayar pelancongan untuk menjimatkan wang perjalanan anda. Di samping boleh mengumpul mata berdasarkan skim keahlian, anda boleh menggunakan mata-mata yang terkumpul untuk mengurangkan belanjawan anda semasa membeli-belah. Dengan penggunaan kad prabayar pelancongan, anda boleh menyembunyikan kad ATM dan wang tunai anda di tempat yang selamat.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

#3. Sembunyikan wang anda di tempat yang tidak dapat diramalkan
Nasihat ini mungkin kedengaran bodoh, tetapi ia berkesan kerana pencuri tidak mungkin melihat sekeliling tempat "pelik" ini. Anda boleh menyembunyikan wang di dalam coli, kasut, botol air, bahagian peranti telefon palsu dan banyak lagi. Anda boleh melipat wang tunai dengan cara yang sesuai lalu memasukkannya di dalam mana-mana tempat penyembuyian.
Kemudian, anda boleh menyimpan barang-barang penyembuyian di dalam beg bersaiz lebih besar. Kami menasihatkan anda untuk tidak menyentuh wang yang disembunyikan dan hanya menggunakan kad prabayar pelancongan atau kad keahlian ganjaran komersil anda apabila berada di tempat awam.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia