
Apr
Panduan Pembiayaian Semula Pinjaman Kereta 2023
Selepas anda membuat pinjaman untuk membeli kereta, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk membiayai semula hutang anda untuk membantu anda melangsaikan hutang. Kebanyakan pemilik kereta memohon servis pembiayaan semula untuk mengurangkan komitemen bayaran bulanan. Mari kita meneliti apakah itu Car Loan Refinancing ataupun Pembiayaian Semula Pinjaman Kereta.
Car Loan Refinancing ataupun Pembiayaian Semula Pinjaman Kereta adalah proses mengambil pinjaman baru untuk menampung atau menyelesaikan hutang pinjaman kereta sedia ada. Dalam car loan refinancing, seseorang akan membuat permohonan untuk memohon pinjaman baharu dari bank atau institusi kewangan yang lain untuk membayar baki hutang pinjaman kereta sedia ada. Dalam proses ini, individu tersebut boleh memilih untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau memanjangkan tempoh pembayaran bagi mengurangkan jumlah pembayaran bulanan.

Bolehkah Anda Membiayai Semula Pinjaman Kereta Anda?
Ya, anda boleh membiayai semula pinjaman kereta anda sekiranya kadar faedah telah turun sejak pembelian kereta anda atau jika anda mempunyai skor kredit yang baik. Dengan pembiayaan semula pinjaman kereta anda, anda bukan sahaja akan membayar jumlah bayaran kereta yang lebih rendah setiap bulan, tetapi anda juga boleh mengurangkan faedah pinjaman.
Apa yang Berlaku Apabila Anda Membiayai Semula Kereta Anda?
Dengan membiayai semula pinjaman kereta anda, anda akan mendapat pinjaman baru dengan terma yang berbeza. Kontrak pinjaman baru ini akan menggantikan terma pinjaman lama (pinjaman original yang diambil semasa pembelian kereta dahulu). Justeru, anda akan membayar bayaran bulanan mengikut syarat pinjaman baharu.
Anda boleh membiayai semula kereta anda dengan pemberi pinjaman (bank atau syarikat kewangan) sedia ada atau memilih pemberi pinjaman baharu selepas membandingkan kadar faedah, yuran dan tawaran istimewa.
Pihak pemberi pinjaman akan menilai kenderaan anda, menyemak skor kredit dan mengesahkan pendapatan anda serta meminta bukti insurans kereta. Anda mungkin perlu mengemukakan dokumen tambahan sebagai jaminan bahawa anda mampu membuat pembayaran balik bulanan.
Apa Yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Membiayai Semula Kereta Anda Di Malaysia?
Perkara pertama yang perlu anda pertimbangkan ialah skor kredit anda. Anda boleh menyemak kedudukan kredit anda dengan meminta salinan laporan CTOS dan CCRIS. Pihak bank akan menyemak skor kredit anda sebelum memutuskan untuk menolak atau meluluskan permohonan pinjaman anda. Sistem kredit di Malaysia berbeza berbanding di Amerika Syarikat di mana sistem kredit Malaysia menilai skor anda untuk menganggar sejauh mana anda boleh membayar pinjaman anda.
Bolehkah Saya Membayar Kereta Saya Secara Tunai?
Ya, anda boleh membeli kereta secara tunai walaupun orang ramai tak bisa melakukan perkara ini. Ianya kerana ia boleh menyebabkan jabatan Cukai Pendapatan melaksanakan audit terhadap anda. Jika anda tidak kisah, tiada masalahnya untuk membeli kereta secara tunai.
Apakah Kadar Faedah Malaysia?
Kadar faedah di Malaysia adalah muktamad jika anda berhasrat untuk berurusan dengan pinjaman sewa beli. Pada masa ini, kadar faedah adalah antara 4% – 5% bergantung kepada bank. Ini juga berbeza dengan pinjaman hartanah. Pinjaman hartanah menggunakan sistem BLR (Base Lending Rate) dan lain-lain kadar yang ditetapkan oleh bank. Bank of Malaysia atau Bank Negara Malaysia adalah pihak yang memutuskan BLR dan ia berubah secara berkala. Jika anda mengambil pinjaman sewa beli, anda akan membayar kadar standard untuk keseluruhan tempoh pinjaman.
Tips Semasa Mengambil Pinjaman Sewa Beli Kenderaan
Di Malaysia, ianya perkara biasa untuk mengambil pinjaman sewa beli kenderaan walaupun anda mempunyai wang tunai untuk membeli kereta terus, kerana pembelian terus yang melibatkan wang tunai yang tinggi boleh menarik perhatian yang tidak diingini daripada jabatan Cukai Pendapatan. Untuk mengurangkan kadar faedah yang dikenakan, berikut ialah petua yang boleh anda lakukan:
Bayar lebih wang pendahuluan menggunakan nisbah 40:60. Ini akan mengurangkan pinjaman anda kepada 60% sahaja
Pilih kadar faedah yang jauh lebih rendah dalam tempoh pembayaran balik yang terpendek
Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan minima 5 tahun pinjaman untuk sewa beli
Anda boleh berunding untuk memendekkan tahun pinjaman tersebut kepada 3 tahun
Dengan melakukan semua tips ini, anda akan menjimatkan kadar faedah anda dan anda boleh memiliki kereta itu secepat mungkin
Dapatkan Guarantor Penjamin Untuk Pinjaman Anda
Ramai bank tidak memerlukan penjamin apabila anda ingin membeli kereta. Ini adalah kerana kereta mempunyai nilai yang lebih rendah. Tetapi jika anda pemohon pinjaman kali pertama atau jika anda tidak mempunyai skor kredit pinjaman yang baik, anda perlu mendapatkan bantuan penjamin untuk menyokong permohonan pinjaman anda. Anda juga mempunyai berpeluang ditawarkan kadar faedah yang baik jika pihak penjamin mempunyai sejarah kredit yang baik.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Gunakan Kalkulator Pinjaman
Dengan menggunakan kalkulator pinjaman, anda boleh menyemak secara mudah tempoh masa yang diperlukan untuk anda menyelesaikan pinjaman kereta anda. Di Malaysia, terdapat undang-undang yang menyatakan bahawa anda mempunyai maksimum 9 tahun untuk membayar balik hutang pinjaman anda. Selain itu, ianya penting untuk mengetahui bahawa bank-bank tertentu melaksanakan syarat Peraturan-78 iaitu kaedah yang digunakan untuk mengira caj faedah bagi pinjaman kereta atau jenis pinjaman lain yang mempunyai kadar faedah tetap dan jadual pembayaran tetap.
Dalam Peraturan 78, caj faedah bagi pinjaman tersebut dikira berdasarkan jumlah digit tempoh pinjaman. Sebagai contoh, jika pinjaman mempunyai tempoh selama 12 bulan, jumlah digitnya ialah 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12 = 78. Jumlah ini mewakili jumlah keseluruhan mata faedah yang akan dikenakan sepanjang hayat pinjaman. Jadi, anda mungkin berakhir dengan caj bayaran yang lebih banyak daripada yang dijangkakan semasa membiayai semula pinjaman kereta. Ini juga bermakna anda perlu membayar faedah maksimum pinjaman kereta anda.
Terdapat kalkulator pinjaman kereta di laman sesawang yang anda boleh cari dan gunakan secara percuma.
Adakah Pemberi Pinjaman Akan Lulus Permohonan Pembiayai Semula Pinjaman Kereta Saya?
Terdapat beberapa kes di mana pemberi pinjaman tidak meluluskan permohonan pembiayai semula pinjaman kereta seperti:
Kondisi kereta
Jika kereta anda usung dan jarak yang dilalui oleh kereta (mileage) tersebut banyak, ia mungkin tidak layak untuk dibiayai semula. Mileage merupakan ukuran penting dalam menilai prestasi kenderaan, terutama dari segi kecekapan bahan api. Penilaian mileage dan usia kenderaan adalah bergantung pada model dan jenama kereta anda.
Nilai kereta
Jika nilai kereta anda lebih rendah daripada kos pinjaman baru, permohonan anda untuk pembiayaan semula mungkin ditolak.
Baki tempoh pinjaman lama (pinjaman original)
Sekiranya anda hampir menyelesaikan hutang lama anda, pemberi pinjaman mungkin tidak melihat anda sebagai pelanggan yang menguntungkan untuk mendapatkan pembiayaan semula. Ini kerana pemberi pinjaman cenderung memberi keutamaan kepada pelanggan yang mempunyai hutang yang lebih besar, kerana mereka akan mendapat lebih banyak untung dari pelanggan tersebut.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta