
Mar
Panduan untuk mendapatkan Pembiayaan Perniagaan di Malaysia 2023
Jika anda ingin menceburi bidang perniagaan, anda memerlukan banyak wang, mungkin berjumlah ribuan atau jutaan ringgit. Anda perlu membiayai perniagaan anda untuk menjalankan operasi harian. Terdapat banyak perbelanjaan yang perlu anda pertimbangkan untuk pembelian peralatan, kos pemasaran, pembayaran gaji kepada pekerja dan kos pendaftaran perniagaan anda.
Di Malaysia, terdapat beberapa sumber pembiayaan yang boleh anda pertimbangkan, seperti pinjaman perniagaan dari bank, pembiayaan mikro, pembiayaan risiko, pembiayaan ekuiti, dan banyak lagi. Mari kita tengok enam sumber pembiayaan yang boleh anda lakukan.

1. Pinjaman Peribadi
Sebagai pemilik perniagaan, pengambilan pinjaman peribadi mungkin adalah pilihan terakhir yang anda mahu lakukan. Walau bagaimanapun, pinjaman peribadi boleh jadi pilihan yang ideal apabila anda perlu wang untuk memajukan perniagaan anda. Pilihan ini sesuai untuk perniagaan mikro yang tidak memerlukan modal yang besar. Sebagai contoh: perniagaan katering, trak makanan atau bakeri yang berpangkalan di rumah.
Antara syarat-syarat untuk mendapatkan pinjaman peribadi ialah posisi kredit yang stabil. Anda juga perlu membuktikan bahawa anda mempunyai pendapatan yang stabil. Secara umumnya, pinjaman peribadi lebih mudah memperoleh kelulusan daripada pinjaman perniagaan.
Untuk makluman anda, jika anda ingin mengambil pinjaman perniagaan, anda perlu membuktikan bahawa perniagaan anda telah beroperasi selama beberapa tahun. Selain itu, sesetengah syarikat kewangan hanya memerlukan satu hari untuk meluluskan dana pinjaman peribadi. Proses kelulusan yang cepat ini amat berguna apabila anda memerlukan wang tunai dengan segera untuk mengharungi hari-hari yang sukar.
Walaubagaimanapun, pengambilan pinjaman peribadi boleh menyebabkan beberapa impak negatif. Pinjaman peribadi mempunyai had pembiayaan yang lebih rendah, antara RM50,000 hingga RM200,000. Had tersebut juga bergantung kepada pendapatan anda. Selain itu, pinjaman peribadi juga mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi berbanding pinjaman perniagaan. Di samping itu, sekiranya anda berkerjaya sebagai usahawan dan hanya mempunyai sumber pendapatan dari perniagaan yang anda ingin biaya, ianya lebih sukar untuk layak menerima pinjaman peribadi ini.
2. Pinjaman Perniagaan
Berbeza dengan pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan lebih sukar untuk diperoleh berbanding pinjaman peribadi. Perniagaan anda perlu disahkan dalam operasi selama beberapa tahun sebelum anda layak memohon pinjaman perniagaan. Jika anda memerlukan pembiayaan kewangan yang tinggi, anda mungkin perlu mengemukakan aset sebagai cagaran. Selain itu, setelah anda menerima dana pinjaman, ia mungkin mempunyai terma dan kondisi yang ketat. Contohnya, anda tidak doleh menggunakan dana tersebut untuk melabur dalam hartanah atau membeli saham.
Namun, melalui pinjaman perniagaan, anda berpotensi menerima pembiayaan antara RM 10,000 hingga jutaan ringgit. Walau bagaimanapun, amaun pembiayaan yang diluluskan juga bergantung kepada jenis operasi perniagaan anda dan sama ada anda mempunyai sebarang aset yang boleh diberikan sebagai cagaran. Pinjaman perniagaan juga mengenakan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman peribadi iaitu antara 5% hingga 7% setahun.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

3. Geran dan Skim Kerajaan atau Korporat
Anda boleh memohon pembiayaan skim kerajaan atau korporat yang mengenakan kadar faedah yang rendah atau bahkan percuma, geran atau mentorship serta peluang rangkaian sosial yang berpotensi untuk mendatangkan manfaat kepada perniagaan anda.
Setiap skim pembiayaan mempunyai syarat-syarat yang anda perlu teliti. Sebagai contohnya, terdapat beberapa skim yang hanya ditujukan kepada demografik tertentu (contohnya khusus untuk usahawan wanita atau pemohon Bumiputera); atau untuk jenis perniagaan tertentu (contohnya untuk mereka yang ingin meningkatkan kapasiti digital mereka). Selain itu, opsyen geran adalah sangat kompetitif dan memerlukan banyak peringkat penilaian sebelum pihak yang menawarkan geran menerima permohonan anda.
Jika anda berminat untuk memohon geran dan skim dari kerajaan dan korporat, layari laman web MDEC, MaGIC dan SME Corp Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.
4. Dana Crowdfunding
Dana crowdfunding adalah cara pengumpulan wang melalui sumbangan beberapa pelabur individu. Berikut adalah beberapa jenis dana crowdfunding:
a. Crowdfunding Berdasarkan Ganjaran
Anda boleh mendapatkan makluman lebih lanjut di beberapa laman web antarabangsa seperti Indiegogo dan Kickstarter. Di laman web tersebut, pelabur menyumbang wang kepada individu atau perusahawan dan, sebagai gantian pelabur diberi produk atau perkhidmatan perusahawan tersebut.
b. Crowdfunding Berdasarkan Sumbangan Orang Ramai
Laman web seperti GoFundMe adalah jenis dana crowdfunding berdasarkan sumbangan daripada orang ramai di mana pelabur individu boleh menyokong organisasi kebajikan, perusahawan ataupun individu tanpa menjangkakan apa-apa balasan.
c. Dana Crowdfunding Berdasarkan Ekuiti
Malaysia mempunyai beberapa platform dana crowdfunding berdasarkan ekuiti seperti Crowdo, Leet Capital, dan pitchIN. Dalam jenis crowdfunding ini, individu melaburkan wang mereka kepada syarikat dan, sebagai gantian pelabur diberi sebahagian daripada keuntungan syarikat atau hak milik dalam bentuk saham.
Secara amnya, ianya lebih mudah untuk mendapatkan wang pembiayaan melalui crowdfunding berbanding pinjaman bank disebabkan syarat-syarat yang kurang ketat; dalam beberapa kes, usahawan tidak perlu membuktikan sejarah operasi perniagaan.
Namun begitu, sesetengah platform crowdfunding tidak membenarkan anda menerima wang pembiayaan jika sasaran pembiayaan tidak tercapai, walaupun anda telah melaburkan wang dan masa untuk membina kempen pembiayaan tersebut.
5. Pinjaman P2P
Pinjaman P2P ialah sejenis pinjaman di mana anda memperoleh sejumlah wang sebagai pinjaman daripada pihak pelabur. Sekiranya anda tidak layak memohon pinjaman bank, anda boleh menggunakan servis ini kerana syarat kelayakannya yang kurang tegas.
Selain itu, pihak peminjam P2P meluluskan pinjaman dengan cepat. Katakan anda meminjam RM100,000 atau kurang, ianya hanya mengambil masa beberapa hari sahaja untuk memproses permohonan anda.
Namun, anda perlu bersedia untuk membayar kadar faedah yang tinggi (ianya boleh mencapai 18% p.a) manakala faedah bank hanya sekitar 5% sehingga 7% p.a.
Ini adalah kerana pelabur menjangkakan lebih banyak pulangan wang daripada jumlah yang mereka pinjamkan kepada anda. Ini mungkin membawa risiko kewangan pada masa hadapan jika anda tidak dapat membayar balik wang pinjaman tersebut. Faedah ini tidak termasuk yuran yang dikenakan oleh platform P2P. Anda perlu membayar yuran pengurusan platform P2P daripada potongan peratusan pinjaman anda.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta
Peraturan Polisi Pinjaman Geran Kereta di Malaysia
Apakah Yang Anda Perlu Tahu tentang Pajak Gadai