
May
Pembiayaan Semula Hutang Pinjaman Kereta Adalah Cara Pintar untuk Menjimatkan Wang 2023
Setelah membayar keperluan kewangan harian seperti membayar bil-bil, sewa rumah, atau belanja harian, kadang-kala kita tidak mampu menampung bayaran ansuran hutang pinjaman kereta. Pembiayaan semula hutang pinjaman kereta boleh mengurangkan ansuran bulanan dan memberikan ruang pernafasan kewangan yang lebih besar.
Di Malaysia, sekiranya anda menghadapi masalah kewangan untuk melangsaikan hutang pinjaman, anda boleh merujuk kepada proses pembiayaan semula hutang pinjaman kereta yang dibentangkan di laman-laman web seperti Carsome, Ringgit Plus, Pajak Kereta, dan sebagainya.
Bilakan anda patut pilih untuk membiayai semula hutang pinjaman kereta dan bagaimana cara untuk membiayai semula kereta anda di Malaysia?

Bilakah Harus Saya Melakukan Pembiayaan Semula Hutang Pinjaman Kereta?
Refinancing Car Loan merujuk kepada proses pemindahan hutang kereta yang sedia ada kepada institusi kewangan yang lain yang menawarkan kadar faedah atau terma pembayaran yang lebih baik.
Dalam hal ini, tujuan pembiayaan semula adalah untuk membantu pengguna menjimatkan wang dari faedah yang lebih rendah atau menurunkan jumlah bayaran bulanan mereka.
Proses ini mendatangkan manfaat kepada individu sekiranya anda terjejas oleh situasi ekonomi semasa, kehilangan pendapatan ataupun dipotong gaji, dan sebagainya.
Pembiayaan Semula Hutang Pinjaman Kereta merujuk kepada proses pemindahan hutang kereta yang sedia ada kepada institusi kewangan yang lain yang menawarkan kadar faedah atau terma pembayaran yang lebih baik.
Dalam hal ini, tujuan pembiayaan semula adalah untuk membantu pengguna menjimatkan wang dari faedah yang lebih rendah atau menurunkan jumlah bayaran bulanan mereka.
Sehubungan dengan itu, bilakah masa terbaik untuk membiayai semula kereta anda? Berikut adalah beberapa syarat yang boleh anda ambil kira:
Pembiayaan semula biasanya boleh dilakukan pada permulaan ansuran hutang pinjaman kereta anda. Jika ia tidak ditawarkan, anda boleh meminta makluman lanjut dengan pegawai bank anda.
Sekiranya anda mula menghadapi masalah pembayaran balik hutang pinjaman kereta, anda patut memohon servis pembiayaan semula hutang pinjaman kereta sebelum skor kredit anda terjejas. Skor kredit yang cemerlang amat penting dan ianya mempengaruhi kelulusan aplikasi pembiayaan semula.
Sekiranya anda ditawarkan pakej pinjaman yang mengenakan kadar faedah yang lebih rendah berbanding hutang pinjaman sedia-ada, anda boleh memohon untuk melakukan pembiayaan semula.
Semakin usung kereta anda, semakin susut nilainya. Oleh itu, anda jangan tunggu lama-lama sebelum membuat keputusan untuk memohon servis pembiayaan semula. Selain itu, kadar faedah yang kompetitif hanya akan ditawarkan kepada pemilik kereta baru.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Langkah-langkah Memohon Pembiayaan Semula Kereta
Di Malaysia, proses pembiayaian semula kereta adalah sangat mudah sekiranya anda merupakan pelanggan bank kerana data sejarah kewangan anda sudah sedia ada dan ianya memudahkan proses pengesahan akaun anda. Walau bagaimanapun, semasa menghantar permohonan pembiayaan semula kepada institusi pinjaman kewangan lain, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan.
Jika anda berminat untuk membiayai semula hutang pinjaman kereta, anda perlu ketahui langkah-langkah berikut:
Jumlah Amaun Pinjaman Dan Kadar Faedah
Untuk mendapatkan tawaran yang terbaik, anda boleh membandingkan kadar faedah dan manfaat yang ditawarkan oleh bank atau institusi kewangan yang berbeza (Carsome, Pajak Kereta, dsb). Anda perlu tahu tentang jumlah pinjaman yang anda perlukan dan berapa banyak faedah yang akan dikenakan jika anda membiayai semula hutang pinjaman kereta anda.
Pastikan anda mengambil kira jumlah baki hutang sedia ada kereta tersebut. Selepas itu, pilih jenis faedah yang anda akan gunakan (kadar tetap atau kadar terapung).
Dokumen Yang Diperlukan Semasa Permohonan
Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
Penyata bank terkini (3 bulan)
Penyata gaji atau penyata kewangan lain yang menunjukkan pendapatan terkini
Salinan dokumen pemilikan kereta (geran) – nombor VIN, insurans kereta, sbg.
Salinan dokumen pinjaman kereta sedia ada – amaun ansuran bulanan, baki semasa
Simulasi Kredit
Simulasi kredit adalah proses perhitungan kredit yang dilakukan oleh bank atau institusi kewangan untuk membantu calon peminjam dalam memahami jumlah pinjaman yang akan mereka dapatkan, berapa besar faedah yang harus dibayar, dan berapa amaun ansuran bulanan yang harus dibayarkan selama tempoh pembayaran.
Penilaian Kenderaan
Nilai kenderaan anda boleh menjejaskan permohonan pembiayaan semula anda. Nilai kenderaan anda akan menjadi faktor penting dalam menentukan jumlah pembiayaan semula yang akan diluluskan oleh institusi kewangan.
Permohonan Lulus
Apabila permohonan anda diluluskan oleh bank atau institusi kewangan, anda boleh mula membayar ansuran baharu berdasarkan tawaran pembiayaan semula hutang pinjaman baharu tersebut. Pihak bank akan membayar hutang pinjaman anda yang lama.
Kebaikan dan Keburukan Pembiayaan Semula Hutang Pinjaman Kereta di Malaysia
Terdapat kebaikan dan keburukan dalam pembiayaan semula hutang pinjaman. Antara kelebihan pembiayaan semula hutang pinjaman adalah:
Dana Xtra Untuk Tujuan Lain
Pembiayaan semula hutang pinjaman kereta boleh menghemat wang setiap bulan, atau mempunyai lebih banyak wang untuk digunakan untuk tujuan lain pada jangka masa yang pendek.
Pembayaran Hutang Secara Lebih Efisien
Seseorang boleh membiayai semula hutang pinjaman kereta untuk menggabungkan hutang-hutang mereka menjadi satu pinjaman tunggal yang lebih mudah dikendalikan dan membayar ansuran bulanan yang lebih rendah.
Dana Xtra Untuk Pelaburan
Wang kadar faedah yang anda jimat melalui pembiayaan semula hutang pinjaman kereta anda boleh dilaburkan dalam perniagaan anda sendiri atau perniagaan orang lain. Pastikan perniagaan itu menguntungkan supaya anda tidak berakhir dengan timbunan hutang.
Namun, pembiayaan semula hutang pinjaman kereta juga mempunyai kekurangannya:
Meningkatkan jumlah keseluruhan pinjaman anda
Anda perlu peka tentang kadar faedah yang dikenakan. Ianya mungkin membawa kos tambahan sekiranya pengiraan anda salah.
Kos Liabiliti Meningkat
Dalam jangka masa panjang, anda perlu membayar kos liabiliti tambahan untuk servis penyelenggaraan kereta, petrol dan isu-isu yang lain. Pembayaran kos penyelenggaraan kereta tidak murah dan ianya mungkin makan duit anda pada masa hadapan.
Kesimpulannya, pembiayaan semula hutang pinjaman kereta di Malaysia mendatangkan banyak manfaat. Ianya mampu meringankan amaun ansuran pinjaman kereta, malah membantu anda melangsaikan hutang tersebut dengan lebih cepat. Asalkan pembayaran ansuran dibuat tepat pada masanya dan elakkan kesilapan yang mungkin merugikan anda, pembiayaan semula hutang pinjaman kereta adalah cara yang pintar untuk menjimatkan wang.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta