
Jan
Apa Yang Anda Mesti Tahu Mengenai Pembiayaan Semula Kereta Terpakai di Malaysia
Keputusan untuk membeli kenderaan adalah komitmen yang besar bagi kebanyakan orang. Inilah sebabnya ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli kereta terpakai. Kenderaan terpakai lebih mampu milik kerana harganya yang lebih rendah. Selain itu, pemilik boleh membiayai hutang kereta
terpakai dengan memohon pinjaman daripada bank.
Tiada perbezaan yang ketara dalam proses permohonan pinjaman untuk membiayai kereta baru dan kereta terpakai. Namun, terdapat beberapa perkara yang anda mesti tahu jika anda membuat keputusan untuk memohon pinjaman untuk membiayai kereta terpakai.

Kadar Faedah Pinjaman Kereta Terpakai
Bank yang berbeza menawarkan kadar faedah pinjaman kereta yang berbeza. Ianya boleh berupa kadar tetap atau kadar berubah. Kebiasaannya, kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman pembiayaan semula kereta terpakai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah pinjaman pembiayaan kereta baru. Dalam pemilihan pinjaman kadar tetap atau kadar berubah, anda perlu memilih pinjaman bergantung pada keutamaan dan kemampuan
kewangan anda.
Margin Pembiayaan dan Bayaran Pendahuluan
Kebanyakan bank di Malaysia menawarkan margin pembiayaan sebanyak 90% daripada nilai kereta terpakai. Baki 10% adalah bayaran pendahuluan, anda mesti bayar sendiri.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan kereta terpakai yang berharga RM100,000, pihak bank akan bersetuju untuk meluluskan pinjaman sebanyak RM90,000 kepada peminjam (90 peratus X RM100,000).
Bayaran pendahuluan minima adalah 10% daripada nilai kereta. Ianya lebih memanfaatkan jika anda mampu bayar amaun yang lebih tinggi kerana dengan bayaran pendahuluan yang lebih tinggi, anda hanya perlu memohon pinjaman yang rendah. Secara langsungnya, kadar faedah yang dikenakan atas pinjaman dan amaun ansuran bulanan menjadi kurang.
Tempoh Pinjaman
Tempoh pinjaman mempengaruhi kadar faedah yang dikenakan dan justeru, amaun ansuran bulanan. Ianya adalah penting untuk dipertimbangkan apabila anda ingin memohon pinjaman kereta terpakai di bank. Secara amnya, tempoh pembiayaan pinjaman yang lebih panjang akan menawarkan amaun ansuran bulanan dan kadar faedah yang lebih rendah.
Penjamin
Penjamin ialah istilah kewangan yang menggambarkan individu yang berjanji untuk membayar hutang peminjam sekiranya peminjam gagal membayar pinjaman mereka.
Lazimnya, penjamin adalah seorang ahli keluarga si peminjam. Penjamin perlu hadir ke bank bersama si peminjam untuk menandatangani dokumen pinjaman bank.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Penyelesaian Awal Pinjaman Kereta
Di Malaysia, anda boleh pilih untuk melangsaikan pinjaman pembiayaan kereta lebih awal daripada tempoh pinjaman yang dipersetujui di dalam perjanjian. Dalam pinjaman pembiayaan kereta kadar tetap, anda mungkin layak untuk mendapatkan rebat atau bayaran balik kadar faedah bagi tempoh yang belum tamat. Manakala bagi penyelesaian awal pinjaman pembiayaan kereta kadar berubah, anda perlu membayar semua jumlah tertunggak termasuk kadar faedah.
Kesimpulannya, terdapat sekurang-kurangnya lima perkara yang anda mesti tahu sebelum membuat keputusan untuk memohon pembiayaan semula kereta terpakai kepada bank.
Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan hal tentang pemilikan semula atau repossession iaitu, jika peminjam gagal menjelaskan bayaran ansuran pinjaman kereta selama dua bulan berturut-turut, pemberi pinjaman (iaitu bank) berhak menarik semula kereta tersebut.
Anda juga perlu rujuk kepada pegawai bank anda untuk mengetahui maklumat yang lanjut dalam perihal-perihal seperti caj pembayaran lewat dan insurans kenderaan.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia