
Aug
Guna Kereta Anda Untuk Memohon Pinjaman Peribadi
Di Malaysia, anda boleh memohon pinjaman berasaskan cagaran daripada syarikat kewangan berlesen yang menawarkan perkhidmatan tersebut hanya berbekalkan apa-apa sahaja aset atau harta yang anda miliki.
Aset anda berfungsi sebagai penjamin oleh pihak pemberi pinjaman atau bank. Terdapat beberapa jenis aset yang boleh anda jadikan sebagai cagaran, seperti rumah, tanah, bangunan ataupun kereta. Mari kita tengok bagaimana kereta boleh digunakan untuk memohon pinjaman berasaskan cagaran atau pinjaman bercagar dengan kereta di Malaysia.

Apakah itu penggunaan kereta untuk permohonan pinjaman cagaran?
Jika anda memerlukan dana kecemasan untuk tujuan peribadi, maka anda boleh memohon pinjaman daripada pemberi pinjaman. Pihak bank atau syarikat kewangan berlesen boleh membantu anda menyelesaikan masalah kewangan melalui servis pinjaman berasaskan cagaran.
Anda hanya perlu memgemukakan geran pemilikan kereta anda sebagai guarantor atau penjamin semasa memohon pinjaman tersebut. Apabila kereta anda dijadikan sebagai cagaran, anda masih BOLEH memandu kereta anda. Bank atau syarikat pemberi pinjaman hanya memegang dokumen pemilikan kenderaan anda sehingga anda melangsaikan hutang.
Apakah syarat untuk memohon pinjaman?
Jika anda memiliki sebuah kereta dan berhasrat untuk memohon pinjaman kewangan, anda boleh segera berhubung dengan bank atau syarikat kewangan berlesen yang menawarkan perkhidmatan pinjaman cagaran di Malaysia.
Sebelum itu, anda wajib menyediakan dokumen rasmi untuk tujuan pengesahan sebelum permohonan tersebut boleh diluluskan. Anda perlu menghubungi bank atau syarikat kewangan berlesen yang dipilih untuk mendapatkan maklumat tentang dokumen-dokumen rasmi yang diperlukan dalam proses permohonan kerana setiap bank dan syarikat kewangan berlesen mempunyai kriteria sendiri.
Read more:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Secara amnya, syarat yang perlu anda penuhi adalah:
– Warganegara Malaysia
– Peminjam mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Senarai Dokumen Yang Perlu Anda Dikemukakan:
- Salinan Kad Pengenalan
- Nombor telefon bimbit
- Dokumen pemilikan kenderaan (geran)
- Imej kenderaan, chasis mobil (nombor chasis) dan nombor enjin
- Rakaman video atau foto pemohon pinjaman dengan kad pengenalan
- Surat Pengesahan Jawatan
- Slip Gaji 6 Bulan Terkini
- Penyata akaun semasa Bank bagi tempoh 6 bulan
- Penyata KWSP
- Usahawan/Profesional wajib mempunyai perniagaan dalam bidang yang sama sekurang-kurangnya 2 tahun
Apa yang akan berlaku jika anda tidak membayar hutang anda?
Apabila anda meminjam wang daripada bank atau syarikat kewangan berlesen, anda mempunyai komitmen untuk membayar hutang anda setiap bulan. Cagaran kereta dan pengemukaan dokumen adalah supaya anda tidak sewenang-wenangnya ingin tidak membayar hutang anda.
Jika anda tidak mampu melangsaikan hutang anda, maka bank atau syarikat pemberi pinjaman mempunyai hak untuk tarik kereta anda dan anda tidak perlu membayar hutang anda lagi. Walau bagaimanapun, anda akan diberi penilaian kredit yang tidak baik.
Sebagai konsekuensi, permohonan pinjaman kewangan anda pada masa depan daripada mana-mana pihak mungkin tidak akan diluluskan kerana sejarah hitam penilaian kredit sedia direkodkan di dalam sistem bank pusat.
Ringkasnya, permohonana pinjaman cagaran di Malaysia memerlukan suatu cagaran sebagai jaminan ataupun guarantor. Kereta anda boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman kewangan di Malaysia. Anda boleh menghubungi bank atau syarikat kewangan berlesen untuk mendapatkan maklumat yang lanjut, seperti penilaian dan pemeriksaan sama ada kereta anda lulus untuk dijadikan cagaran. Selagi kereta anda mempunyai dokumen pemilikan seperti geran, permohonan pinjaman anda mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diluluskan.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia