
Nov
Pinjaman Gadai Janji Vs Pajak Gadai Malaysia
Adakah anda sedang mencari pinjaman gadai janji atau pajak gadai? Sebelum membuat keputusan,ketahui dua perkara tentang gadai janji vs pajak gadai Malaysia. Adakah mereka memberi jaminankepada anda?
Apakah perbezaan kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis servis pinjaman ini. Anda mestilah menilai dan memilih pakej pinjaman yang paling memanfaatkan diri anda.

Apakah itu Pinjaman Gadai Janji dan Servis Pajak Gadai?
Pinjaman gadai janji juga dikenali sebagai kemudahan kredit bercagar atas hartanah kediaman atau komersial. Ini bermakna pinjaman adalah selamat dan proses pinjaman terjamin sehingga tarikh akhir pelangsaian hutang. Jika anda tidak mampu membayar balik hutang pinjaman tepat pada masanya yang ditentukan dalam perjanjian, pemberi pinjaman mempunyai hak untuk menuntut harta yang dicagarkan.
Biasanya, harta yang dicagarkan merupakan barangan berharga seperti kereta, akaun simpanan, barang kemas, portfolio pelaburan, hartanah, polisi insurans dan lain-lain.
Kedua-dua pinjaman gadai janji dan servis pajak gadai menawarkan polisi, harga, nilai faedah dan syarat pembayaran balik yang berbeza. Terdapat banyak perniagaan pajak gadai Malaysia yang boleh menawarkan anda nilai yang terbaik untuk mendapatkan wang. Tetapi, kebanyakan kedai pemegang pajak gadai hanya menerima emas tulen buat pertukaran gadai. Hanya beberapa kedai pemegang pajak gadai di Malaysia yang turut menerima jam tangan mewah, beg tangan, telefon bimbit, komputer riba dan juga motosikal. Selain itu, sebelum anda memohon pinjaman bernilai tinggi di pajak gadai (contohnya RM10,000), anda harus membandingkan nilai mata faedah tidak melebihi 24% setahun.
Manakala pinjaman gadai janji membolehkan anda meminjam wang yang banyak tanpa memerlukan emas tulen sebagai pertukaran gadai. Syarikat kewangan berlesen boleh meminjamkan anda pinjaman dengan mudah dan anda hanya perlu berurusan dengan polisi yang diluluskan oleh syarikat.
Artikel lain:
For English Articles
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Pinjaman Gadai Janji dan Servis Pajak Gadai: Yang Mana Lebih Baik?
Anda perlu membuat penilaian mana yang sesuai dengan keperluan kewangan anda. Secara amnya, setiap servis pinjaman mempunyai hak untuk meminta anda mengemukakan sesuatu aset atau maklumat peribadi sebagai perjanjian pra-pinjaman.
Pemberi pinjaman gadai janji akan meminta anda menyediakan barang berharga sebagai cagaran. Pemberi pinjaman pajak gadai akan meminta anda menyediakan barang berharga untuk digadaikan.
Selain itu, pemberi pinjaman akan bertanya tentang maklumat aset anda seperti nilai rumah, kenderaan, pemilikan emas, portfolio pelaburan, insurans dan akaun semasa untuk tujuan penilaian risiko. Oleh kerana pinjaman gadai janji tidak mengehadkan tujuan pinjaman individu, anda bebas untuk tulis apa sahaja dalam surat permohonan pinjaman sebagai alasan anda meminjam wang.
Bagaimana dengan kedai pajak gadai di Malaysia yang menyediakan dana yang mencukupi untuk semua peminjam? Kedai pajak gadai tidak akan meluluskan harta yang bermasalah. Harta yang anda kemukakan sebagai gadaian haruslah milik anda. Terma dan syarat kedai pajak gadai adalah jelas dan mudah difahami. Namun, kedai pemegang pajak gadai meluluskan jumlah pinjaman wang berdasarkan nilai pasaran barangan berharga yang dipajak. Nilai ini mungkin lebih rendah daripada jangkaan anda.
Konklusinya, anda harus membaca dengan teliti terma dan syarat yang dikemukan oleh pihak pemberi pinjaman sebelum anda menandatanganinya.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia