
Mar
Ramalan Kewangan Malaysia 2023
Ekonomi Malaysia adalah yang ketiga terbesar di Asia Tenggara, selepas Indonesia dan Thailand. Ramalan ekonomi Malaysia pada tahun 2023 dijangka akan mengalami pemulihan ekonomi yang kukuh berdasarkan pada pandemik COVID-19 yang masih berlangsung, serta peningkatan dalam pembangunan infrastruktur dan pelaksanaan program pemulihan ekonomi negara.
Kadar inflasi dijangka berada pada tahap yang terkawal pada anggaran antara 2% hingga 3%. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar kemiskinan negara menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini (2019: 5.6% ; 2014: 7.6%). Malaysia antara negara yang ekonominya berkembang pesat selepas krisis ekonomi 1998.
Malaysia terkenal dalam industri pertanian, terutamanya dalam pengeluaran getah dan minyak kelapa sawit. Rakan niaga eksport utama Malaysia termasuk negara China, Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat. Malaysia juga menjalankan eksport dalam sektor elektronik, gas asli cecair (LNG), produk kayu, getah, dan tekstil.
Malaysia telah berjaya membina persekitaran perniagaan yang memudahkan perniagaan untuk dijalankan di negara ini. Ini termasuk sistem perundangan dan peraturan yang jelas dan mudah difahami, proses pendaftaran syarikat yang mudah, sistem cukai yang efisien dan proses import dan eksport yang lancar. Kegiatan perdagangan dan perniagaan yang mudah dilakukan ini telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menarik bagi pelabur asing dan peniaga.
Pertumbuhan ekonomi negara dijangka akan mencapai antara 5% hingga 6% pada tahun 2022; bergantung terutamanya kepada sektor pembinaan (4.7%), perkilangan (3.9%), pertanian (2.3%) dan juga perlombongan (1.1%).
Mari kita lihat apakah perkara yang diambil kira dalam ramalan kewangan Malaysia tahun ini.

9 Fokus Utama Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12)
Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) ialah sebuah rangka tindakan komprehensif yang dibentangkan setiap 5 tahun dan disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan Malaysia.
RMK-12 mempunyai obkjektif untuk menjadikan Malaysia sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2025, membasmi kemiskinan dan meningkatkan sumbangan perusahawan kecil kepada ekonomi negara.
Pelan ini dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ianya bakal menjadi lanjutan kepada Rancangan Malaysia Kesebelas dengan arah strategi yang jelas dalam rancangan peruntukan belanjawan negara dari 2021 hingga 2025 bagi semua sektor ekonomi di Malaysia.
RM400 bilion diperuntukkan untuk projek baharu dan projek yang sedang dilaksanakan pada masa kini. Peruntukan ini adalah nilai yang tertinggi dalam pelaburan projek RMK. Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan pada tahun 2016, hanya mempunyai peruntukan sekitar 54 peratus daripada draf semasa RMK-12.
RMK-12 dirangka ketika negara berdepan cabaran akibat COVID-19. Matlamat Keluarga Malaysia – Makmur, Inklusif dan Mampan – bertujuan membolehkan setiap ahli Keluarga Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum dapat meningkatkan kesejahteraan dan menikmati taraf hidup yang lebih selesa.
merapatkan jurang pendapatan serta pembangunan antara wilayah, negeri serta antara luar bandar dan bandar terutamanya negeri Sabah dan Sarawak.
Fokus-fokus utama RMK-19 adalah:
• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
• Memperkukuh pemangkin pembangunan
• Meningkatkan kesejahteraan keluarga Malaysia
• Memperkukuhkan keselamatan dan ketenteraman awam; membanteras kemiskinan yang ekstrem dan merapatkan jurang pendapatan
• Memperteguhkan Agenda Bumiputera dan keluarga Malaysia
• Meningkatkan pembangunan Sabah, Sarawak dan negeri-negeri kurang maju lain
• Menggalakkan pembangunan teknologi mesra alam
• Meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam
• Memastikan pelaksanaan dasar yang berkesan
Itulah sekilas ramalan dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Justeru, ketahui perkara yang memacu ekonomi Malaysia mulai suku kedua 2022.
Artikel lain:
Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Gunakan Kenderaan Anda Untuk Mengurangkan Beban Hutang
Bila Anda Perlu Membiayai Semula Kereta Anda
Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kewangan Mikro di Malaysia

Ramalan Ekonomi Malaysia Meningkat Sejak Suku Kedua Tahun Kewangan
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ramalan ekonomi Malaysia diramalkan berkembang 6.7% tahun-ke-tahun (y-o-y) pada suku kedua 2022. Apakah faktor yang mendorong pembangunan ini?
Pertumbuhan ekonomi yang kukuh ini adalah berikutan penyelonggaran sekatan pergerakan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia untuk mengawal penyebaran wabak Covid-19 pada April 2022. Sebagai implikasinya, aktiviti orang ramai kembali normal. Oleh itu, kesan asas rendah yang seterusnya telah memastikan ekonomi Malaysia terus meningkat. Selain itu, peratusan ini meningkat daripada 5% y-o-y pada suku pertama.
Berikut adalah beberapa sebab lain ekonomi Malaysia meningkat:
Pertumbuhan eksport yang meningkat sebanyak 30% pada suku kedua tahun 2022 berbanding dengan pertumbuhan eksport sebanyak 22% pada suku pertama. Ini menunjukkan peningkatan permintaan pasaran untuk barangan Malaysia di pasaran antarabangsa.
Malaysia juga disokong oleh pasaran buruh yang semakin meningkat, justeru meningkatkan purchasing power. Purchasing power merujuk kepada kemampuan seseorang atau sesebuah negara untuk membeli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan mata wang yang ada.
Hasil jualan sektor perniagaan borong dan runcit meningkat sebanyak 19.9% manakala hasil jualan dalam sektor perkilangan meningkat sebanyak 15.7%. Ini menunjukkan peningkatan dalam aktiviti perniagaan dan pengeluaran yang memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Bagaimanapun, ekonomi Malaysia masih akan terjejas oleh kelembapan ekonomi global dan kenaikan kadar faedah penanda aras bank pusat Amerika Syarikat (Fed). Secara keseluruhan, kadar pertumbuhan eksport adalah positif, hanya ekonomi terbuka yang menghadapi beberapa cabaran.
Selain cabaran yang dibawa oleh Amerika Syarikat, ketidakstabilan dalam bekalan tenaga di Eropah hasil perang Rusia-Ukraine juga mempengaruhi pembangunan negara. Selain itu, cabaran yang ditempuhi China akibat pandemik Covid-19 adalah bukti nyata cabaran ekonomi global setakat ini.
5 Pandangan World Bank tentang ramalan kewangan Malaysia:
Di peringkat global, ramalan ekonomi dunia 2023 yang hangat di media sosial adalah bahawa banyak negara akan mengalami kemelesetan ekonomi. Namun begitu, bercanggah dengan berita yang mengejutkan orang ramai ini, World Bank mempunyai pandangan yang berbeza terhadap negara Malaysia. Berikut adalah pandangan Bank Dunia tentang ekonomi Malaysia:
Ekonomi Malaysia yang kukuh – Walaupun Malaysia mengharungi impak inflasi (kenaikan harga makanan melebihi 7%, dan juga kekurangan pekerja domestik) yang secara langsungnya mempengaruhi perkembangan ekonomi negara, kenaikan Kadar OPR oleh Bank Negara Malaysia akan membantu mengatasi inflasi dan tekanan ekonomi masa hadapan.
Menurut World Bank, Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.5% pada tahun 2022 dan posisi yang stabil pada tahun 2023, seiring dengan pemulihan global ekonomi dunia dan dasar fiskal yang berkesan.
Projek jangka panjang – merujuk kepada projek-projek yang direkabentuk dan dilaksanakan dengan matlamat jangka panjang yang melebihi tempoh 5 tahun. Projek jangka panjang ini biasanya memerlukan pelaburan yang besar dan melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan, sektor swasta dan masyarakat umum. Bank Dunia yakin projek-projek ini akan membantu Malaysia menghadapi cabaran ekonomi menjelang 2023.
Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi – Kehadiran pelabur baharu dan peningkatan pendapatan akan berlaku secara perlahan.
Industri pelancongan Malaysia dijangka kembali rancak – Bank Dunia positif dalam pembangunan ekonomi Malaysia melalui sektor pelancongan. Semakin banyak negara telah mula membenarkan pengembara keluar negeri dan menerima pengembara dari luar negara.
Itulah gambaran ramalan kewangan Malaysia dalam beberapa tahun akan datang. Secara umumnya, ekonomi Malaysia diramal stabil dan berkembang secara berperingkat. Oleh itu, negara tidak akan terjejas teruk oleh kemelesetan ekonomi.
Baca Artikel Bermanfaat:
Bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan di Malaysia?
Mana lebih baik, jual kereta atau gadai kereta?
Pembiayaan Semula Pinjaman Hartanah vs Pembiayaan Semula Pinjaman Kereta