Apa maksud Pinjaman Berasaskan Cagaran di Malaysia?
Dengan kadar inflasi yang tinggi, nilai mata wang gaji kita semakin menurun, akibatnya rakyat marhaen tidak mampu memiliki aset dan membeli barang yang kita berkenan sesuka hati. Ada kalanya, kenaikan harga logistik dan barang mentah menyebabkan modal kerja tidak mampu menampung liabiliti operasi perusahaan dalam jangka masa yang pendek.
Dalam situasi-situasi ini, ramai orang akan terfikir tentang perkhidmatan pinjaman berasaskan cagaran dari institusi kewangan seperti bank atau syarikat pinjaman bercagar dengan kenderaan.

Apakah itu Pinjaman Berasaskan Cagaran?
Pinjaman berasaskan cagaran adalah suatu pinjaman peribadi yang memerlukan anda untuk mencagarkan mana-mana aset berharga yang dimiliki seperti rumah, kenderaan, barangan kemas dan sebagainya sebagai jaminan untuk pinjaman atau lanjutan pinjaman yang dilakukan.
Apakah Dokumen Yang Diperlukan Bagi Memohon Pinjaman Cagaran?
Apabila anda membuat permohonan pinjaman berasaskan cagaran, anda perlu mengemukakan dokumen yang memperincikan anda sebagai pemilik aset seperti geran tanah atau geran kereta, untuk tujuan pengesahan oleh pihak yang membuat pinjaman. Dokumen yang diperlukan bergantung kepada polisi institusi kewangan anda. Anda masih boleh tinggal di dalam rumah yang telah dicagarkan, atau menggunakan kereta yang telah dicagarkan asalkan bayaran balik pinjaman anda membayar balik pinjaman anda secara konsisten.
Mengapakah Bank Memerlukan Cagaran?
Cagaran merupakan sebuah bentuk sekuriti untuk pihak yang membuat pinjaman. Sekiranya peminjam tersebut didapati tidak dapat menjelaskan semula bayaran balik hutang, bank mempunyai hak untuk merampas dan melelong aset yang telah dicagarkan untuk mendapatkan balik jumlah wang yang masih dihutang.
Kadar faedah ke atas pinjaman peribadi bercagar adalah umumnya lebih rendah daripada pinjaman peribadi tidak bercagar. Ini adalah kerana dalam pinjaman peribadi tidak bercagar, risiko kepada pemberi pinjaman adalah lebih tinggi (pemberi pinjaman tidak mempunyai aset untuk tarik balik sekiranya peminjam tidak membayar balik pinjaman).
Read more:
For English Articles
Car Refinance Compare with House Refinance in Malaysia
When Should You Refinance Your Car

Berapa Banyak Amaun Pinjaman Yang Anda Dapat Terima?
Kelulusan untuk pinjaman berasaskan cagaran amatlah bergantung kepada nilai aset yang telah pun dicagarkan. Semakin tinggi nilai aset yang dicagarkan, semakin tinggi amaun pinjaman yang berkemungkinan diluluskan. Di Malaysia, anda boleh menggunakan beberapa barangan atau hartanah seperti jam tangan berharga, emas, barang kemas, kereta dan motosikal, pangsapuri dan tanah sebagai cagaran.
Secara ringkasnya, pinjaman berkonsep cagaran di Malaysia adalah pilihan terbaik untuk anda jika anda ingin memohon pinjaman. Anda hanya perlu menyediakan geran aset atau hartanah kepada pihak institusi kewangan dan mengemukakan permohonan pinjaman anda dengan segera.
Read More:
Type of Refinance in Malaysia
Car Refinancing Loan In Malaysia – PROs And CONs
How to Refinance A Car Loan in Malaysia